SIAR RAYA

Monday, August 15, 2011

ALMOND HONEY CORNFLAKES RECIPE


Assalamualaikum 

Wah !!! baru beberapa saat post entry pasal honey cornflakes aku ni dah ada yang request resipi . ok ok sila bersabar semua . i tak lokek aka kedekut ya . mari baca sampai habis kalau nak tahu resipi nya . jeng jeng jeng !!!

INGREDIENTS :
500 g   Cornflakes
250 g   Chopped almond
250 g   Buttercup
1 cup   Caster sugar
1 cup   Honey
Paper cup

1. Sangar chopped almand sampai yellowish
2. Cairkan butter dan masukkan caster sugar . kacau sampai butter kembang
3. Masukkan honey . kacau rata
4. Masukkan cornflakes then follow by the chopped almond . gaul rata then tutup api
5. Masuk dalam paper cup .
6. Bakar dalam oven 2-3 mins . done !


simple gila kan !!! resipi ni boleh buat untuk lebih kurang 200 biji . ini cara sendirian berhad . kalau suka boleh letak cherry or raisin . HAPPY TRYING !!!

Sunday, August 14, 2011

HONEY CORNFLAKES YUMMEH





Assalamualaikum

Alhamdulillah genap sudah 2 minggu ramadhan . mesti semua dah mula buat persiapan awal aidilfitri , mula buat kuih , mula pasang lagu raya . eksaited kemain lagi . as for me , tak ada apa apa sangat lah . keluarga kecik je pun . rumah pun tak ada benda nak upgrade sangat pun . sederhana je semua . ayah dan mama memang dah berzaman tak tempah baju raya . aku pun setakat beli dah siap .

bila enter chapter kuih raya , memang dari dulu tak pernah buat . kebanyakan kuih , makcik dan sedara mara yang kasi . and ada jugak yang beli . memang standard lah sebab yang bertandang ke rumah aku pun tak ramai . dulu zaman mama sihat , wajib lah dia buat open house bagai . la ni mama dah sakit macam tu , tak ada orang pun kesah .

well , lumrah lah manusia ni , bila senang , berduyun duyun orang yang rapat , bila susah , hmmm hampeh semua blah . toksah kata kawan , sedara mara pun sama jugak 2x5 perangai . eh dah lari topik kiranya aku ni . sebenarnya aku nak show off lah yang aku buat HONEY CORNFLAKES YUMMEH ALA MAIZURA MOKSIN . muahaha !!!

yela , setiap tahun aku dok buat muka tak malu pergi beraya rumah orang ambush kuih febret aku yang satu ni . kalau rumah sesiapa ada kuih ni sah menyesal diorang bukak pintu bagi aku beraya . memang confirm aku siap habis kan sebalang , siap mintak tapaw lagi . muahaha !!! tapi sebab tahun ni aku free gila , so aku buat lah sendiri . 10 balang pun aku boleh buat .

so percubaan pertama aku ni kira berjaya lah . cis ! senang rupanya nak buat menda alah ni . tak sampai 2 jam settle semua . muahaha !!! ok lah , itu je aku nak gembar gembur kan kepada seluruh alam semesta ini . kalau nak soh aku buatkan , boleh je . upah sikit je . bukan aku nak buat bisnes pun . lagi pun aku paham , benda alah ni orang tak jual sebab tak wow sangat untung dia .

Monday, August 1, 2011

JANG GEUN SUK RAMPAS BUAH HATI NICHKHUN ?!


Assalamualaikum

My current desktop background . gigi bongsu dah start wrecking my nerve . badan pun dah suam suam hangat ni . gggrrr !!! tapi dengan menatap mata sayang ku JANG GEUN SUK ni dapat sedikit relieve pain . cinta ku NICHKHUN , mian hae yo . still loving u my bebeh . AAOOOW SAKITTT T_____T



P/S : entry tidak ada kena mengena dengan title post mahupun hidup atau yang mati . mian hae ;D

GIGI BONGSU AL MUBARAK


Assalamualaikum

Jam dah lebih tengah malam , so dah bermula BULAN BARU . BULAN RAMADHAN DAN BULAN OGOS . di bulan baru ni aku dikurniakan satu nikmat dan azab sekaligus . yes . GIGI BONGSU KU DAH MULA TUMBUH ! kenapa nikmat ? sebab syukur alhamdulillah Allah beri kesenangan dengan tumbuh gigi baru . boleh lah aku guna dengan sebaiknya kelak . mana lah tahu gigi geraham yang lain dah mula tak berfungsi dengan begitu baik , kan ?

kenapa azab pulak ? menurut kata orang dan pembacaan aku juga , apabila gigi bongsu ini mula tumbuh , ia akan menyebabkan kesakitan yang agak luar biasa . ini kerana gigi bongsu tumbuh di kawasan rahang gusi yang agak sempit . gigi bongsu kira tak cukup space nak tumbuh . jadi dia akan paksa tolak akak dan abang long gigi lain . ini akan menyebabkan kesakitan pada gigi . kadang kadang sampai demam bila ini terjadi . aku ni kira berada di fasa awal , jadi baru mula rasa sengal dan tak selesa .

well , ini bukan satu halangan untuk aku terus mejalankan ibadah puasa dengan sempurna . insyaAllah . sekadar perkongsian bersama . dan doakan semoga tidak terjadi sebarang komplikasi dengan pertumbuhan gigi bongsu aku . Amin ...

Sunday, July 31, 2011

BISTRO 'ONION' DANGA BAY JB LAKHANAT !!!

Assalamualaikum

Dah bersarang belog aku ni gamaknya . nak buat macam mana , tak ada modal aku nak berkarya . jutaan maaf dipinta . entry ni sepatutnya aku post beberapa hari lepas . tapi lappy pulak meragam jadi aku terpaksa tunda hasrat aku . aku tak kisah lah apa nak jadi , jadi lah ! aku memang teramat sangat marah dan kecewa dengan pelayan di tempat yang aku nyatakan sebagai TITLE POST aku ni .

1. TAK MASUK AKAL aka TAK RELEVAN aka TAK REALISTIK

kenapa ? kami setuju nak order air satu jag jus tembikai . fyi aku ke sana berempat . tetiba datang memang satu jag tetapi jag dia sumpah besar nak mampus . besar yang amat sangat . dan datang dengan 8 cawan . aku rasa sangat humiliated . adakah patut benda ini berlaku ??? orang yang amik order tu sepatutnya menjelaskan / memaklumkan / memberitahu kami tentang ketiadaan jag yang biasa di situ . dia sendiri tahu air tu portion untuk 8 orang sedangkan kami hanya 4 orang tapi tak inform . aku mintak penjelasan dia cakap "TAK APA , TAK HABIS BOLEH BUNGKUS . TAK APA , TAK APA . JANGAN RISAU"
so what do u guys expect me to react ?

2. SEAFOOD BUSUK

mama nak sangat makan kerang , so aku order kerang . aku tengok mama makan sikit je dah sudah . aku yang mood dah hilang terus membebel kat mama itu ini . sekali aku rasa , DAMN !!! bukan setakat tak fresh , busuk pulak tu . aku try dia punya sotong berempah pun busuk jugak . homaoigad it tastes horrible !!! memang kau bagi aku free pun aku tak akan makan lagi kat situ !!!

3. PELAYAN PERANGAI MACAM SIAL

1st is the PAKCIK TUA TAK SEDAR DIRI . the one yang amek order . the one yang spoil everything from the very beginning . lepas aku mengamuk , dia layan meja jauh jauh dari aku . kau tahu pulak takut . 2nd is the next waitress that tried to explain about the jug and everything which mengeruhkan lagi keadaan . 3rd is the big one , aku tak tahu dia owner or manager ke supervisor kat situ . time aku tanya tanya the 2nd waitress tu , dia JELING aku . i saw it clearly . HEY U , MIDDLE FINGER FOR U SISTAH ! and the last one , is the waiter that help me to bungkus . dia boleh cuit tangan aku and said "NI KAU PUNYA SUP KE? NAH!" eh what kind of humiliation is that ? mana manner kau bila berdepan dengan customer ? FUCK U SON OF BITCH !

aku memang sangat marah dan sampai sekarang aku masih marah . aku memang tak redha dengan situasi tu . aku betul betul kecewa dan kesal . mama aku pun dulu berniaga . aku pun dulu pernah jadi waitress . tapi ini adalah satu situasi yang sangat sangat luar biasa . aku rasa ini adalah yang pertama kali aku rasa dihina dan teraniaya . belog kali ini memang banyak kata kata haram dan kotor . well aku minta maaf to all readers . tapi aku berhak dan aku ada sebab untuk itu .

P/S : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK . SEMOGA ALLAH MENERIMA DAN MEMBERKATI IBADAH PUASA KITA SEMUA . AMIN .

Saturday, June 18, 2011

IF U MEANT TO READ THIS

courtesy of  Google

Assalamualaikum


I've missing two bestest friends which way far from me . If they are mean to read this . I miss u both like crazy . Ok yang seorang ni dah memang sangat amat jauh di perantauan . aku balik cuti mesti akan cari dia . kita berdua mesti akan keluar sama sama pergi mana mana je . kita akan tengok wayang , makan , shopping together , gelak tak ingat dunia dan macam macam lagi . tapi tu dulu sebelum dia pergi Australia sambung belajar .


Yang kedua ni pun aku sangat rindu kan dia . aku dah lama tak jumpa dia . dah setahun atau lebih aku tak jumpa lah . aku rindu dia . aku rindu dengar dia gelak . aku rindu dengar dia mengeluh . aku rindu dia suruh aku belikan komik . aku rindu dengan biskut sapu coklat dia . aku rindu nak gayut dengan dia . aku rindu dengan soalan soalan tak ada jawapan dari dia . kalau tengok 2PM aku mesti ingat dia . dah lah setiap hari aku akan tengok 2PM . setiap hari aku akan ingat dia .


Jadi aku nak dedicate lagu ni kat mereka berdua . aku sangat berharap satu hari nanti mereka akan kembali di sisi aku . yang seorang tu aku doakan semoga dia hidup selesa di tempat orang , semoga dia sihat dan tak lupakan aku . yang seorang lagi aku doakan dia kembali seperti dulu , semoga dia dapat gapai segala impian dan cita cita dia , semoga dia dapat kegembiraan dan ketabahan dalam hidup dia dan aku harap dia tak akan buat aku menanti lebih lama lagi . aku sangat rindukan kalian !




Nikita Willy - Kutetap Menanti 


Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti
Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu

Tuesday, June 7, 2011

IU


i adorablely fell in love with her fullstop