Assalamualaikum
Alhamdulillah genap sudah 2 minggu ramadhan . mesti semua dah mula buat persiapan awal aidilfitri , mula buat kuih , mula pasang lagu raya . eksaited kemain lagi . as for me , tak ada apa apa sangat lah . keluarga kecik je pun . rumah pun tak ada benda nak upgrade sangat pun . sederhana je semua . ayah dan mama memang dah berzaman tak tempah baju raya . aku pun setakat beli dah siap .
bila enter chapter kuih raya , memang dari dulu tak pernah buat . kebanyakan kuih , makcik dan sedara mara yang kasi . and ada jugak yang beli . memang standard lah sebab yang bertandang ke rumah aku pun tak ramai . dulu zaman mama sihat , wajib lah dia buat open house bagai . la ni mama dah sakit macam tu , tak ada orang pun kesah .
well , lumrah lah manusia ni , bila senang , berduyun duyun orang yang rapat , bila susah , hmmm hampeh semua blah . toksah kata kawan , sedara mara pun sama jugak 2x5 perangai . eh dah lari topik kiranya aku ni . sebenarnya aku nak show off lah yang aku buat HONEY CORNFLAKES YUMMEH ALA MAIZURA MOKSIN . muahaha !!!
yela , setiap tahun aku dok buat muka tak malu pergi beraya rumah orang ambush kuih febret aku yang satu ni . kalau rumah sesiapa ada kuih ni sah menyesal diorang bukak pintu bagi aku beraya . memang confirm aku siap habis kan sebalang , siap mintak tapaw lagi . muahaha !!! tapi sebab tahun ni aku free gila , so aku buat lah sendiri . 10 balang pun aku boleh buat .
so percubaan pertama aku ni kira berjaya lah . cis ! senang rupanya nak buat menda alah ni . tak sampai 2 jam settle semua . muahaha !!! ok lah , itu je aku nak gembar gembur kan kepada seluruh alam semesta ini . kalau nak soh aku buatkan , boleh je . upah sikit je . bukan aku nak buat bisnes pun . lagi pun aku paham , benda alah ni orang tak jual sebab tak wow sangat untung dia .
wahhhh nk recipe boleh? :)
ReplyDelete*suka la lagu ni...lagu ape eh?
Jom join ketawariang's 4th Anniversary Giveaway : ketawariang's Giveaway