* * * * *
Yusoef . seorang jejaka tampan . bertugas sebagai seorang perunding hartanah di sebuah syarikat di ibu kota . bujang dan mencari cinta .
Nia . seorang gadis manis yang sederhana . bekerja di sebuah kedai cd . bujang dan menanti cinta .
* * * * *
Kisah bermula apabila Yusoef makan tengahari di sebuah restoran berhampiran tempatnya bekerja . ada seorang gadis yang kebetulan membeli makanan di situ . entah kenapa Yusoef seperti terpanggil untuk melihat gadis itu . ‘ya Allah . indah sungguh ciptaanMu . sungguh ayu dan manis gadis itu’ bisik hati kecilnya .
“eh Yusoef . apa yang kau pandang tu ? sampai tak berkelip mata kau” tegur rakan sekerjanya .
“eh ada-ada je lah kau ni Fakhri . eh jom lah . lewat pulak nanti” helahnya . sekali lagi Yusoef menoleh namun gadis itu sudah tiada di situ . hatinya hampa .
Sepanjang hari dia diganggu oleh bayangan gadis itu . walaupun hanya seketika dia melihatnya , tetapi hatinya disapa sesuatu yang aneh namun dia sendiri tidak pasti apa dan kenapa .
Sampai di rumah pun dia masih terbayang-bayang .
“Yusoef macam terfikirkan sesuatu je? Ada masalah ke?”tanya ibunya . akhirnya Yusoef menceritakan apa yang bermain-main di fikirannya . panjang perbualan mereka malam itu .
“anak ibu dah jatuh cinta ni” sebaris ayat ibunya terngiang-ngiang di telinganya . sebelum tidur Yusoef menunaikan solat istikharah memohon petunjuk .
* * * * *
Yusoef pergi lagi ke restoran itu dengan harapan dapat bertemu lagi dengan gadis tersebut . pucuk dicita ulam pun datang . Ya! Memang gadis itu benar-benar datang membeli makanan . hatinya melonjak riang . sewaktu gadis itu berlalu keluar , Yusoef seperti dipukau . dia lantas mengikut gadis itu keluar .
‘oh,dia kerja kat sini kot’ bisik hatinya apabila mereka tiba di sebuah kedai menjual cd.
Sejak hari itu, hampir setiap hari Yusoef pergi ke kedai cd itu . Ya! Setiap hari . dia bahagia memerhati gadis itu secara diam-diam . untuk mengelak daripada kelihatan ketara , setiap kali dia datang pasti ada saja cd yang dibelinya . dia sudah pun menjadi pelanggan tetap .
Sudah masuk tiga bulan . tetapi tidak pernah dia menegur gadis itu lebih daripada setakat membayar dan sekadar mengucapkan terima kasih . paling hebat pun dia akan menghadiahkan seukir senyuman manis .
* * * * *
Perasaan aneh menyapa hati Nia . dia seperti tercari-cari kelibat seseorang yang memang hampir setiap hari mendatangi kedai cdnya . hari demi hari berlalu . masuk hari ketujuh hatinya benar-benar resah dan kehilangan . perasaan ingin tahunya membuak-buak .
Tanpa berfikir panjang . tangannya laju mencatat alamat dan nombor telefon yang tertera di data computer . ‘perigi cari timba . ah, biarlah!’ getus hatinya .
* * * * *
Nia nekad . dia bercuti hari itu . dia pantas memandu keretanya . akhirnya dia pun sampai di hadapan sebuah rumah . dia berfikir macam-macam sebelum memberi salam dan menekan loceng . Seorang perempuan agak berusia menjengah dan bertanya sebelum menjemputnya masuk .
“anak ni siapa? Nak cari siapa ya?” lembut saja tutur perempuan itu .
“maaf mengganggu mak cik . saya Nia . saya mencari En. Yusoef”
Air muka perempuan itu berubah serta-merta . kali ini dapat tidak dapat, Nia benar-benar ingin meleraikan segala tanda tanya di hatinya . apa nak jadi, jadilah !
“Nia . Memang manis orangnya . Patutlah tak senang duduk si Yusoef . tapi sayang...” air matanya mengalir deras .
Hati Nia bagai disambar halilintar . matanya kabur . butir-butir jernih jatuh di pipinya tanpa dapat ditahan . ‘tak mungkin!!!’ hatinya meraung .
* * * * *
Mak cik Farah membawa Nia ke bilik Yusoef . lemah saja langkah kakinya . nafasnya bagai tersekat . air matanya mengalir lagi . elok saja tersusun cd-cd yang dibeli oleh Yusoef . masih belum dibuka .
“Yusoef dah jatuh hati pada Nia sejak pertama kali bertemu dengan Nia . hampir setiap hari dia bercerita itu dan ini tentang Nia . puas mak cik suruh dia luahkan isi hatinya pada Nia . tetapi dia tak mahu . katanya dia tak mahu Nia terluka dan kecewa ” cerita ibu Yusoef .
“kenapa dia tak buka cd-cd ni , mak cik? Kenapa?” sambil tangannya membuka satu persatu cd-cd itu .
“demi Allah, mak cik . Nia betul-betul dah mengasihi dia . Nia luahkan segalanya di sini dengan harapan dia dapat membaca isi hati Nia . tak pernah sekali pun Nia terlupa untuk selitkan nota cinta Nia di setiap cd yang dia beli . kenapa dia tak buka cd-cd ni?” air matanya mengalir deras .
* * * * *
Yusoef pergi bersama cinta yang tak sempat di luahkan . dia pergi tak kembali kerana penyakit cancer tulang . Nia tinggal bersama cintanya yang juga tak sempat diluahkan . cinta tak kesampaian . betapa seksa dan menderita . mungkin Allah ada rancangan lain untuk kisah cinta mereka .
Tamat
Hah . moral of the story . kalau cinta , luahkan . tak kiralah lelaki atau perempuan . kepada lelaki , kalau awak rasa awak akan buat perempuan yang awak cinta tu kecewa atau menderita , jangan beri harapan . kepada perempuan , jangan malu luahkan cinta . ini zaman moden . dah tak ada istilah perigi cari timba ke apa . whatever it is . bercintalah dengan erti cinta yang sesungguhnya . say NO to seks bebas , buang bayi and drugs .
Loves, Maizura Moksin ;))