SIAR RAYA

Saturday, July 10, 2010

UUM

dan skema lagi untuk kali ini . hokay alhamdulillah saya telah selamat sampai ke UUM Sintok , Kedah tepat jam 6.43pm selepas lebih kurang 11 jam perjalanan . kami sempat tersesat . tidak semena-mena saya terpaksa membuka google map di lebuhraya . dan agak terkejut dan kagum kerana speed broadband begitu laju . hokay pinggang saya bagai nak patah . saya banyak tidur sepanjang perjalanan kerana tiada pemandangan yang begitu menarik untuk dilihat . kami berhenti di 4 R&R untuk rehat , solat dan makan . apabila saya menghitung jarak perjalanan kami , kami telah pun menandingi jarak perjalanan DR. SHEIKH MUSZAPHAR yang pergi ke angkasa suatu masa dahulu . oh kembali ke UUM , walaupun hari pendaftaran pada hari esoknya kami tetap nak tengok UUM di mana dan bagaimana keadaannya . tetapi pak guard itu mengarahkan kami untuk pergi terus ke DPP (dewan penginapan pelajar) . saya tinggal di DPP SME BANK . maka DPP saya berada di luar kampus UUM iaitu di BUKIT KACHI 2 . ia berada pada jarak 3km . hokay tak mengapa . jantung saya berdegup sangat kencang ketika itu . saya berpeluh walaupun sebenarnya sejuk di dalam kereta ketika itu . apa yang saya jangka benar-benar berlaku . ya ! ia dikelilingi oleh hutan dan gunung-ganang . kalau selalu saya nampak pemandangan gunung-ganang dari jauh , kini ia terletak betul-betul di hadapan saya . ia betul-betul besar dan saya kagum melihat ciptaanNya . dan tak lupa , ketibaan kami disambut oleh monyet-monyet yang bergayutan . luar biasa .niat kami hanya ingin melihat-lihat keadaan di sana . tak sangka terdapat juga beberapa keluarga pelajar yang sama-sama tiba di sana . ayah mengarahkan saya pergi ke pejabat di situ untuk bertanya tentang penginapan untuk kami yang berhasrat menginap di hotel university (university inn) . tetapi orang di situ menawarkan kami bilik penginapan palajar yang boleh kami sewa . dengan harga rm2o sebilik , 2 katil single dan ada tandas . ayah pun bersetuju . kami mengambil 3 bilik kerana ada 6 orang . malam itu selepas kami membersihkan diri . kami bertolak ke pekan changlun untuk makan malam . pekan itu kecil saja . tetapi terdapat sebuah pasaraya (C MART) . selepas itu kami pulang kembali ke DPP . saya bangun jam 6 pagi untuk bersiap bagi pendaftaran jam 8.30 pagi . selepas itu dan ini , detik-detik perpisahan terjadi . ya ! ia sangat menyayat hati . kami bernangis-nangisan . lebih kurang jam 4 petang bonda , ayahanda , abah , mama nora dan bibik berangkat pulang .
hokay bermulalah hidup berdikari . saya tinggal di aras 3 blok 16E bersama seorang rakan sebilik bernama NUR AWATIF BINTI ABD RAHMAN . watif berasal daripada penang . dia sama seperti saya iaitu sama-sama lepasan matrikulasi . dia secara tidak rasmi telah menjadi jurubahasa saya di sini . saya mengalami masalah untuk berkomunikasi di sini . di samping itu , saya juga rapat dengan 4 orang lagi rakan baru . SAL , WAWA , IKHWAN dan NAIM . seterusnya , apa yang saya paling tidak suka , minggu orientasi pun bermula . selama 5 hari kami diorientasi . pelbagai taklimat itu dan ini kami dengari . pelbagai aktiviti juga kami lakukan . sepanjang orientasi kami hanya dapat tidur selama 2 jam . sangat amat letih . hokay saya mengalami climate change yang drastik . saya diserang demam , batuk dan selsema . sepanjang orientasi pelbagai kenangan manis dan pahit kami lalui . kami bergelak ketawa . berkenal-kenalan . kami juga bermarah-marahan kerana letih dan tertekan .
sesuatu yang di luar jangkaan saya ialah keadaan kampus UUM . saya sangat kagum kerana di sini segala-galanya ada . bahkan di sini juga terdapat MALL sendiri (ada BANK ISLAM , KAUNTER FIREFLY, PEJABAT POS, KAUNTER TIKET BAS dll) . PUSAT KESIHATAN , PUSAT SUKAN , STADIUM , DEWAN MUADZAM SYAH (boleh menempatkan lebih kurang 5000 orang dalam satu-satu masa) , KOLAM RENANG BERTARAF OLIMPIK , TREK GO KART , PADANG GOLF , PERPUSTAKAAN EXTRA LARGE , HOTEL (4 bintang) dan macam-macam lagi . di sini juga sangat canggih kemudahannya . wifi di mana-mana . ada BOOK DROP 24/7 untuk memudahkan pemulangan buku (saya pernah nampak di singapura saja sebelum ini , jb pun tak ada barangkali) . entah mengapa saya dapat rasakan keputusan untuk menerima tawaran masuk ke UUM memang keputusan yang tepat . alhamdulillah . semoga hari esok dan seterusnya merupakan hari yang baik untuk saya . kelas akan bermula esok . oh ya , di sini cuti hari jumaat dan sabtu seperti di negeri kelantan . jadi saya harus belajar menyesuaikan diri juga dengannya . doakan kejayaan saya hokay . saranghae . xoxo . ;D

No comments:

Post a Comment