Assalamualaikum
entry kali ni aku nak bermellodrama . meluahkan segala kekusutan di jiwa . aku nak tulis kata kata yang lahir daripada hati aku . selama aku hidup ada satu benda yang paling aku regret . memang kalau aku fikir mesti aku akan menyesal tak berpenghujung . AKU MENYESAL SEBAB AKU GEMUK . ya , kata lah apa pun . aku memang menyesal . aku rasa nak hangin satu badan kalau ingat kenapa aku makan banyak bila masuk sekolah rendah dulu . aku start menggemuk sejak sekolah rendah .
aku pernah salahkan mama dan ayah sebab tak control aku masa dulu . aku anak tunggal . segala apa yang aku nak makan memang gerenti dapat . hidup senang lenang tak fikir masalah . budak kecik mana pernah nak berfikir dengan bernas . haa kan bodoh namanya tuh ? bila aku dah start gemuk semua orang dok kutuk aku . lagi best bila ayah pon join the club mengutuk aku . agak agak korang apa eh rasa bila bapak sendiri kutuk korang ? percayalah , masa tu AKU BENCI BAPAK AKU .
benci sebenci bencinya lah . aku tak kira lah dosa ke , anak derhaka ke , apa ke , yang aku tahu aku benci dia . aku rasa aku ok lagi bila orang lain kutuk aku . dari sekolah , aku suka tulis diary . dalam diary aku macam macam aku luah . setiap kali tulis diary , aku akan menangis macam orang mati laki . aku tak tunjuk depan orang yang aku sedih . tapi memang makan dalam lah . sampai satu tahap aku dah jadi orang yang tak ada hati dan perasaan .
aku dah tak ada air mata nak dialirkan lagi . aku dah tak ada perasaan benci dan marah lagi . aku macam kalis perasaan . hidup dan jiwa aku kosong . aku lupa langsung apa itu gembira , sedih , marah dan sakit . memang macam alien . masa berlalu , hidup aku masih di tokok yang lama . sampai aku form 5 aku pergi kem . kat situ aku mula berhijrah . aku macam kena tampar . aku macam orang mati hidup semula . percaya ke tak , perasaan benci aku pada ayah hilang serta merta .
sejak detik itu , aku bukan diri aku . Allah dah beri aku 'nyawa' . aku seperti diberi taufiq dan hidayah . more or less aku berubah jugak . aku boleh dikatakan Islam bukan takat kat IC je . aku berusaha dan masih berusaha sampai sekarang . sedikit demi sedikit aku lupa yang aku gemuk . walaupun ayah kutuk aku , aku tak kisah . aku cuba bangun dan berdiri atas kaki aku sendiri . aku boleh dikatakan berjaya dalam hidup aku . aku tak sepandai mana , tapi aku boleh dikatakan berjaya.
misi hidup aku hanya nak buat ayah bangga sebab ada anak macam aku . walaupun aku gemuk , tak cantik dan entah apa lagi , tapi aku boleh jadi orang yang 'berguna' . aku ada masa depan . aku memang tak nampak apa yang akan jadi kat masa depan , tapi aku boleh ubah masa depan aku . aku dah sangat amat letih nak buka mata orang sekeliling tentang persepsi terhadap orang gemuk . orang gemuk tak perlu simpati dan dalam masa yang sama orang gemuk tak perlu dicaci .
orang gemuk juga makhluk teragung ciptaan Allah . ada perasaan , ada hati , ada kelebihan , ada kekurangan sama dengan orang lain . orang mudah meluahkan kata kata DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER . tapi kata kata itu hanya sekadar kata kata sahaja . kenapa perlu nilai seseorang dari segi luaran ? ah , itu pun ayat manis orang sekarang . tapi mulut masih mengata , menghina , mencaci , melabel dan macam macam lagi . mana letaknya nilai kemanusiaan dalam diri ?
aku bukan nak salahkan korang kat luar sana . aku cuma tak faham dengan persepsi dan pandangan korang . mengagungkan kecantikan yang tanpa korang sedar itu juga nikmat Allah beri sekejap . sangat sekejap . tak ada yang kekal di dunia ini . aku bukan tak berusaha untuk kurus , demi Allah , macam macam aku cuba usaha . tetapi mungkin Allah takdirkan aku tetap macam ni . aku tak salahkan takdir , aku bukan berputus asa , malah aku masih terus berusaha dan akan terus berusaha .
di sini aku cuma nak buka mata hati korang . sekali lagi aku tegaskan , tiada simpati diperlukan . cukup dengan penerimaan dan layanan baik korang terhadap aku . aku tak suka membina tugu kebencian . jika dalam hati ada perasaan dengki , hapuslah . halau jauh jauh perasaan syaitan yang bertiup dalam hati kita semua . kasih . sayang . cinta . itu yang seharusnya ada . ya , aku terima kata kata caci maki korang . kata kata tu semua tak ada yang salah . tapi tanpa kata kata itu akan sangat amat lebih baik .


hek eleh sukati je orang tu nak kutuk2 kan..
ReplyDeletechubby pon ok perr
bkan mntak duit dari dia bli mknan pon kan..!
intan . tu lah . kte tak kacau dia pun . ada je benda nak jatuh kan orang . tak baik kan macam tuh ...
ReplyDeletegudjob!
ReplyDeletejgn sesekali down dengan mulot longkang mcm tu oke?
gunakan ape je kelebihan yg kita ada :D
you ar the best!!!
ReplyDelete