Assalamualaikum
hari ni aku dan family join rombongan meminang bagi pihak cousin aku . dalam perjalanan balik aku teringat kan seseorang yang aku rasa aku dah hampir lupa . mungkin otak aku lupa nak ingat dia , tapi hati aku tak pernah lupa dengan dia . dan bila aku bukak blog , tengok shoutbox . ada beberapa hamba Allah yang baik hati sudi singgah blog aku . aku sure lah akan follow mereka sebagai tanda terima kasih aku pada mereka .
tapi itu pun aku rasa masih tak cukup . aku kalau follow , bukan setakat jadi follower passive , aku akan betul betul baca dan hayati setiap penulisan mereka , insyaAllah . ok , dalam masa aku blog walking tadi , aku jumpa contest cik ima ini . aku daripada dulu semenarnya nak share cerita first love aku , tapi aku tak daya . sebab nak kenang je , aku boleh meroyan kot .
sahabat sahabat yang rapat dengan aku kebanyakan tahu kisah cinta aku ni . kalau nak cerita detail pun aku rasa boleh buat novel . tapi ini sekadar secebis kisah aku nak kongsi , menang ke tak , aku tak amek port . kepada cik ima , sudi sudikan lah ya baca sampai ke hujungnya .
picture courtesy by google
first love atau cinta pertama aku di zaman sekolah menengah masa aku form 2 . haa amek kau , kecik kecik dah gatai . aku ni seperti yang sedia korang tahu , rupa out , badan out , otak out sikit , dan banyak out lagi . dia bukan first couple aku , tapi dia first love aku . aku gelarkan dia , abang Eez . dia ni baik punya usha seseorang yang rapat dengan aku , akak F . tapi malang nasib abang Eez , akak F dah berpunya .
so , dia baik punya corner , usha aku . masa dia propose nak mintak couple , wa cakap sama lu , memang lu menangis lah mintak moment tu dirakam or semua orang boleh saksikan . memang romantik . aku ni insan lemah , lemah je pada godaan , aku terbuai dengan keromantisan dan akhirnya aku terima dia . walaupun masa tuh , aku tak ada perasaan cinta pun kat dia .
couple punya couple , aku makan hati . dia layan aku macam budak kecik , macam adik dia . dengan kawan kawan dia , tak pernah pun ngaku or introduce aku sebagai special girlfriend dia . boleh bayang tak apa aku rasa ? sebulan , dua bulan , macam tuh jugak . masuk bulan ketiga , dia berubah sikit . semua sebab incident dating kat puncak gunung , aku secara tak sengaja membuat sesuatu yang agak tak boleh terima .
kau tahu apa ? aku muntah ! yang paling best , dia sambut muntah aku . habis tangan dan baju dia kena muntah aku . aku dah bertolak campur darab bahagi , memang dia akan putuskan aku kat situ dan detik tu jugak . tapi dugaan aku jauh meleset ! dia dengan tak sedikit pun banyak songeh , bersihkan aku dengan penuh dedikasi , tanpa sikit pun rasa geli . tindakan dia tu sangat OMJAY !!!!! kan ?
aku ni ada lah dok pulun mintak maaf , siap tawarkan ganti rugi , aku rela diputuskan , dan macam macam lagi lah . tapi dia kata "baby it's ok . i love u" . dan sejak daripada tu , dia menjadi seorang lelaki yang aku sendiri tak tahu di mana nak cari kekurangan dia . aku memang admit , hati aku dah ada pada dia . dia selalu ada bila aku perlukan dia . tapi itu dulu sebelum dia pergi . sebelum dia tinggalkan aku seorang diri .
tapi dia ada nota yang ditinggalkan sebelum dia pergi . dia kata maaf sebab dua bulan pertama dia layan aku macam tu . dia mengaku sebenarnya niat asal dia couple dengan aku sebab dia nak rapat dengan akak F . tapi dia sejak kejadian muntah aku tuh , dia realize betapa innocent dan tak berdosanya aku . dia sedar yang dia silap . dia sepatutnya tak perlu ingat akak F sebab dia ada aku yang sangat special dan sentiasa setia dengan dia .
kisah cinta kami tak diketahui oleh orang tua . tapi , parents kteorang tahu yang dia boleh dipercayai dan mereka ingat kteorang macam adek dengan abang sebab jarak usia 6 tahun . aku dan dia masing masing anak tunggal . aku pun manja manja macam dengan abang bila dengan dia . so parents tak perasan lah yang kami bercinta . dia ni bermotor , tapi sebab ayah aku tak suka , dia beli kereta terus . bodek !!!
kenangan paling pahit bila dia tak ngaku pun aku girlfriend dia depan kawan kawan dia time sekali tuh . kenangan paling manis banyak . terlampau banyak . time muntah tuh pun sweet jugak lah kan . ouh ya , ada sekali tuh dia cakap ngan ayah nak ajak aku jogging , tapi end up dia kidnap aku bawak gi genting . tanpa bawak pape . sehelai sepinggang . then kat sana beli couple T . don't worry , kteorang tak buat apa pun ok .
lagu tema kteorang TERCIPTA UNTUKKU by UNGU . abg Eez dan aku still kekal sampai sekarang . tapi dia tunggu aku kat syurga . dia meninggal dunia selepas 9 bulan kteorang couple sebab dia ada cancer . brain tumor . something like that which aku tak tahu apa beza illnesses ni . dan dia pergi secara mengejut . aku hampir sewel masa tu . aku masih sayang dia sampai detik ini dan tak akan pernah lupakan dia .
kisah ini cuma secebis sahaja dari kisah asalnya . terpulanglah apa tanggapan korang terhadap kisah ini . aku tak peduli korang nak comment apa . tapi abang Eez memang tercipta untukku . al-Fatihah ...
nak tag mereka
tak tau nak kata apa. sangat sweet! but the end, i dont like. nak buat camna, Allah lebih sayangkan dia.
ReplyDeleteAuwww dear.
ReplyDeleteSedihnya :(
Kenapa sekejap sangat kau ngan dia bertemu?? I wonder who he is. Hurmm. Takpela Mai, semoga roh arwah dicucuri rahmat ALLAH dengan banyaknya. Amin ~
i da update u dlm senarai peserta...al-fatihah..terkedu sekejap bace u pnye cinta..
ReplyDeleteanyways,thanks for joining dear..
thanks semua sudi baca . me too still wondering is this real or just dream . much love :')
ReplyDeleteAwak, sedih btol sy baca.. semoga tabah ya k?
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeletesmoga si dia ditempatkan dikalangn orang yg beriman k!
al fatihah..huhu sedih betol bace kisah akak..nak menitik air mata :(
ReplyDeleteterima kasih atas doa kalian . abang Eez mesti tersenyum kat sana :')
ReplyDeletebace mnde nie.. plus denagr lagu tuh!! ase cam nak nangis jerk.. akak sabar la yerkk .. insyaAllah.. dye akan menanti akan di SANA... al fatihah..
ReplyDeletecdeynye bc entry neh..
ReplyDeleteapepom hope e.eez berada di syurga..
sgt rasa macam nk menangis
ADUSS SEDIH GILA!! :'( tabah yep! anda kuat saya tahu~
ReplyDeletenak nanges bace!
ReplyDeletesdeyh sgtsgt!
sweeet sgtsgt!
alhamdulillah dah menang . thanks to cik ima for choosing me as the winner . thanks jugak untuk semua yang baca dan commen dan mendoakan arwah abg Eez . semoga Allah juga sentiasa bersama kalian . Amin ... :')
ReplyDeletethaniah sbb mng contest ni.....mmg ptot kot awk mng sbb cite awk wat sy tekun mmbce....
ReplyDeletecongratz sb menang contest ne..ur story make me cry. .semoga tabah dan semoga bertemu kembali dgn abg Eez kat sana..al-Fatihah..
ReplyDeletechocolate pink terima kasih . alhamdulillah rezeki saya . thanks sudi baca :')
ReplyDeletefarhah najwa terima kasih juga . insyaAllah saya akan terus tabah demi cinta arwah . ya , tak dapat bayangkan betapa bahaginya bila dapat bertemu lagi dengan arwah . thanks sudi sama sama berdoa dan thanks sudi baca :')
ReplyDeletethniah wak...hrp brsbr ngan dgaannye...
ReplyDeletetahniah for winning the contest..
ReplyDeleteya allah,serius cite nie penoh dugaan..
hop u will be fine whenever u remember him,k..
al-fatihah..