SIAR RAYA

Saturday, January 22, 2011

PELAMIN ANGANKU

Assalamualaikum

How are u guys doing ? previous entry was like the dark side of my life . but in contra to that , let's see the bright side of my coming future . bright ke ? mari bercerita tentang one of my dream . in fact , this dream is shared with all the girls out there . tak percaya ? teruskan membaca sampai habis .

jeng jeng jeng . nampak tak picture kat bawah ni ? haa . itu lah kisah dongeng hari ini . WEDDING aka PERKAHWINAN . tipu lah kalau gadis kat luar sana tak pernah berangan nak kahwin . masa kecik memang angan angan . dah dewasa jadi lah cita cita . bila usia dah semakin bertambah , keinginan untuk kahwin semakin bertambah tak sabar jugak . ala tak perlu malu lah . untuk kali ni biar kita berdiskusi secara terbuka ya . eh , dah impian aku , suka hati lah aku nak kata apa kan ?

zaman kita kecik dulu seronok kan main masak masak , main kahwin kahwin , main police and thief , main musang musang dan sebagainya . highlight untuk main kahwin kahwin je . tengok , kecik kecik dah pandai . masa tu berangan konon dah besar nak kahwin dengan anak raja lah , nak kahwin dengan doktor lah dan entah apa lagi . aku daripada kecik sampai sekarang , impian aku nak kahwin dengan PILOT . pada fikiran aku cik abang pilot ni akan bawa aku keliling dunia . konon lah .

aku ni umur masih SEMBILAN BELAS TAHUN (padahal ikut tahun , dah 20) . aku terang terang lah tak ada sebarang pengalaman tentang hal ehwal rumah tangga ni . masa sekolah menengah dulu kemahiran hidup aku amek teknikal bukan ekonomi rumah tangga . tapi aku nak jugak bercerita impian perkahwinan aku . PELAMIN ANGANKU MUSNAH . jangan sampai lah jadi begitu hendaknya . semoga pelamin angan kita semua jadi kenyataan lah ya . aminnn ...







yang gambar kat atas ni antara wedding invitation card yang aku rasa cantik dan berkenan . aku nak kad undangan perkahwinan aku berwarna pastel . dengan andaian warna yang lembut dan romantis . banyak sangat dah kad kad undangan yang dijual kat luar sana yang memang weeweet lah . teknologi semakin maju , pereka grafik sekarang ni dah semakin kreatif dan handal . macam macam bentuk ada . kadang kadang tu , bakal pengantin susah nak buat pilihan . 
 






bila sebut pasal kahwin , benda yang dikira wajib ada mestilah CINCIN . aku ni jenis yang tak suka pakai cincin sebab jari aku ni montel . nampak aneh je bila pakai . tak selesa pun ada . tapi insyaAllah , bila kahwin nanti aku nak jugak pakai . sebagai salah satu lambang perkahwinan aku yang sah . eceh . sekarang ni kira aku reserved lah jari aku . cakap pasal cincin , aku nak cincin yang sederhana je . tak perlu lah berlian permata sebesar alam . aku nak emas putih , emas kuning tuh aku kurang suka .

bagi aku , cincin kahwin kena pilih betul betul sebab nak dipakai selamanya , insyaAllah . so , pilih yang selesa dipakai dan tak terlalu sarat . sebab apa , kita orang perempuan ni banyak guna kan jari dan tangan kan . nak masak , basuh baju , kemas rumah , jaga anak dan banyak lagi . memang lah bila nak buat kerja boleh tanggalkan sekejap , tapi aku pernah dengar yang semakin kerap tanggalkan cincin kahwin tak elok . orang kata nanti renggang rumah tangga . 

bukan lah bermakna kita percaya seratus peratus . bukan khurafat ni . cuma kepercayaan orang dulu dulu . kalau kita fikir betul betul , sebenarnya moral daripada cerita jangan selalu tanggal cincin tu sebab tak bagi cicir atau misplace . tapi ikut lah korang nak fikir apa kan . cincin memang tak wajib dalam Islam . terpulang pada individu . ikut lah bakal suami korang nak bagi mahar apa . kalau bukan cincin , gelang atau rantai pun boleh . sekali lagi , terpulanglah ya .










seterusnya , hantaran perkahwinan . ini juga tak wajib . cuma sebahagian daripada adat orang melayu . whatever lah . untuk hantaran aku , tema mestilah PINK , PURPLE dan PUTIH. tak kesah lah berapa jumlah pihak lelaki nak bagi , aku terima je . antara yang aku rasa perlu ada sebagai hantaran aku ialah senaskah al-Quran , sepasang telekung dan sejadah , sebentuk cincin , tepak sirih , duit hantaran dan yang tak nampak pihak lelaki wajib bagi hati dia . sepenuh hati dia perlu dihantar jugak . ahahaha !!!

kalau nak bagi tambah , aku suka jugak kalau ada cupcakes , handbag dan kasut , perfume , handphone , ipad , kereta dan rumah , dan ..... ahahaha !!! package tuh . alah cik abang sayang , kata cinta . mintak sebanyak tuh tak kan tak boleh bagi . hihihi . mati lah aku jadi anak dara tua gamaknya kalau macam tu . cik abang , saya terima apa sahaja yang nak diberi . yang penting ikhlas . no hutang hutang . setakat yang mampu dah memadai . 




 


masuk bab pelamin pulak . masih ikut tema . aku suka pink purple putih . sweet . contoh yang atas ni dah kira menarik hati aku . aku pernah dengar orang kata bersanding itu haram . sesahih mana aku tak pasti . tapi kalau betul haram , tak perlulah pelamin . aku tak kesah . sekadar meraikan dengan sanak saudara , rakan dan taulan dah memadai untuk aku . lagi pun aku ni ada stage fright . gemuruh . aku tak boleh kalau banyak mata tertumpu tengok aku . nervous beb !!!












majlis resepsi  pulak aku kalau boleh nak adakan biar besar besaran . bukan niat riak atau membazir . aku cuma harap ramai orang dapat datang sama sama raikan hari bahagia aku . kan dapat pahala menjamu orang . insyaAllah kalau dapat , aku teringin nak jemput anak yatim dan orang orang tua . berkongsi kebahagian dan dapat pahala lagi . diorang yang datang ni sebenarnya akan mendoakan kita . lagi ramai yang mendoakan kita kan lagi bagus .

tema dalam taman ke luar taman ke aku tak kisah . tapi aku suka kalau ikut tema aku . pink purple putih . macam yang kat atas ni pun aku suka . haa ada sikit nak selit pasal kek . aku suka tengok kek cantik macam yang atas tuh . lagi cantik sebab colour febret aku . tapi selalu aku pergi majlis mesti dapat tengok je . tak dapat rasa . sedih kan ? so kalau aku kahwin nanti aku nak makan kek aku banyak banyak . kek pulak jangan setakat cantik je , mesti rasa sedap . kalau tak , buang duit aje .




tak dilupakan jugak , cenderahati untuk tetamu . sekarang ni bila pergi majlis kahwin macam macam kita dapat . dulu orang bagi setakat bunga telur je , sekarang bagi gelas , cake , dan macam macam lagi . contoh yang bawah ni aku berkenan sangat . unik dan menepati tema aku . memang suka lah . tapi nanti kena tengok budget jugak . bagi aku satu prinsip yang aku nak guna , insyaAllah wedding preparation berbudget dan no hutang hutang . buat pening kepala je nanti .






best part bila nak kahwin ialah baju pengantin . perempuan memang akan excited menggila bila nak pilih wedding dress . fuhhh . aku seronok tengok artis artis kahwin . baju diorang mak aiii cantik cantik , glamour , renda renda , mengerlip , memang rasa teruja macam aku pulak yang kahwin . artis ni bila nak kahwin fashion designer berebut rebut nak sponsor , nak suruh pakai baju yang diorang reka . artis ni dah lah loaded , kena taja lagi . fuhhh hebat . 

back to cerita baju pengantin idaman aku . aku suka tengok white gown yang seksi seksi tuh . cantik . tapi apa kan daya , kita orang timur mestilah ikut budaya timur . tambah pulak aku ni bertudung . so , aku nak pakai hijab dan baju pengantin muslimah . eh sekarang ni baju muslimah dah cantik cantik tau . walaupun berhijab , masih mengikut fesyen terkini . tengok je macam yang atas tuh . meletup nyahhh !!! aku ni bukan model , artis jauh sekali . simple but elegant dah cukup untuk aku .

 




pre-wedding photos . aku memang teringin nak buat . contoh yang aku paling suka ialah angkasawan negara kita . DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR dan isteri , Dr Halina . adorable and lovely gila kan pre-wedding photos diorang ?!!! aku pun nak weh !!! aku suka photographer SAIFUL NANG and CANDIDSYNDROME . mereka ni memang ambil gambar terbaik dari ladang . aku bercita cita nak panggil diorang untuk wedding aku nanti . entah bila tahun lah kan .




 itu serba sedikit wedding dream aku . saja saja nak share . aku teruja pulak dah teringin nak kahwin . pehhh gatal !!! ahahaha !!! selepas semua persediaan dah dibuat , apa lagi ? nikah lah ! cik abang nanti kena praktis lafaz akad . sekali lafaz yang paling hebat lah . lepas dah sah , aku paling suka bila part yang macam dalam gambar atas ni . cik abang cium dahi kita . masa ni , isteri akan rasa sebak dan terharu sesangat . air mata pun tumpah tanda kasih dan cintanya pada cik abang . i love u , abang :')


p/s: all photos courtesy by google.
p/s/s: entry dibuat sempena aku jealous tengok zaquan adha dan ayu raudhah kahwin.






4 comments:

  1. woah sweetnya pelangin anganku kamu..
    bestnya kalau dpt attend
    hihihihi ^_^

    btw theme purple-putih-pink sweeet sangat!

    ReplyDelete
  2. intan . maceh . insyaAllah nanti kalau dapat langsung majlis , kte jemput awak . hihihi :')

    ReplyDelete
  3. Really like this entry.. :-) please follow me though on blogger.. (^_^)v

    ReplyDelete