SIAR RAYA
Friday, July 2, 2010
Garbled
saya nak skema untuk blog kali ini . hokay . saya akan melangkah ke satu lagi bab baru untuk buku hidup saya . saya akan meninggalkan segalanya . bonda dan ayahanda terchenta . kakak dan saudara-mara saya . kawan-kawan saya . tak lupa bibik saya . saya akan rasa kehilangan dan sangat sedih . saya tahu mereka pun akan rasa begitu . tapi saya tahu sewaktu saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran melanjutkan ijazah di sebuah universiti yang sangat amat jauh tersebut , saya tahu ini adalah risiko dan pengorbanan yang saya harus lakukan . saya tinggal di selatan dan sekarang akan berhijrah ke utara pula . saya sebenarnya tak pernah pun terfikir akan hal tersebut sebelum ini . tetapi saya tiada pilihan lain . saya tidak boleh berpatah balik lagi . saya hanya boleh teruskan langkah tanpa menoleh lagi ke belakang . semua ini demi kebaikan . walau bagaimanapun , saya sangat sedih . saya rasa takut dan ada rasa sedikit gemuruh . segalanya bercampur jadi satu . sungguh serabut bukan ? tapi saya tetap berusaha tabah dan menampakkan ketenangan di hadapan bonda dan ayahanda . saya tak mahu mereka bimbang . saya harus lalui semua ini dengan sabar . saya tak tahu bagaimana alam universiti . saya hanya berharap ia baik dan menyeronokkan . saya juga berharap saya akan berjaya dengan cemerlang sepanjang menuntut ilmu di sana nanti . saya berazam untuk buat kedua-dua ibu bapa saya bangga dan gembira . jadi kepada semua yang membaca blog ini . saya mohon doakan kejayaan saya . selamat tinggal semua . selamat datang Universiti Utara Malaysia . semoga ini merupakan keputusan yang tepat .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment