SIAR RAYA

Thursday, November 11, 2010

Mama , tolong mandikan Ameer sekali je…

Qaira seorang mahasiswi yang sangat cemerlang pencapaian akademik mahupun kokurikulum. Sejak melangkah ke university, perangai dan prinsip hidupnya sangat kukuh. dia sentiasa ingin jadi yang terbaik. “Qaira always be the best”.

Semasa di university dia juga pernah terpilih menyertai program pertukaran pelajar ke university terkemuka di US. Seperti yang dijangka, Qaira lulus dengan kelas pertama.

Selepas bekerjaya, Qaira menemui pendamping hidupnya, sama taraf Cuma berbeza bidang. Tak lama selepas itu, Qaira dan Izzuddin dikurniakan seorang cahaya mata, lahirlah Ameer dan pada masa yang sama Qaira telah dinaikkan pangkat dan Izzuddin lulus PhD. Berlipat gandalah kebahagian mereka.

Ketika Ameer berusia 6 bulan, Qaira dan suaminya betul-betul sibuk dengan masing-masing. Namun tidak pernah sekali pun mereka mengabaikan Ameer yang masih kecil itu. Mereka mengupah baby sitter yang professional dan membayar cukup mahal untuk itu. Segala keperluan Ammer disediakan tanpa sedikit pun kekurangan.

Ameer membesar menjadi seorang anak yang petah dan bijak seperti mama dan papanya. Qaira hanya akan mengatur jadual dan aktiviti anak kesayangannya itu melalui telefon. Ketika Ameer berusia 5 tahun, dia mahukan seorang adik sebagai teman bermain. Tetapi Qaira tidak bersetuju. Ameer yang kecil itu hanya mampu diam.

Suatu petang, Ameer meminta Qaira memandikannya. “Mama mandikan Ameer ya?”pinta si kecil. Qaira yang sibuk cuba menolak dengan baik. “Ameer mandi dengan Kak Tya ok? Nanti mama dah tak busy mama mandikan ya sayang?”

Hal itu berlarut sampai seminggu lamanya. Ameer berusaha meminta terus menerus untuk dimandikan mamanya. “Mama tolong mandikan Ameer sekali je. Please mama, please” . Seperti sebelum sebelumnya, Qaira menolak dengan alasan yang sama.

Tiga hari selepas itu, Qaira dikejutkan dengan panggilan telefon dari baby sitter Ameer. “Ameer demam panas hari ni. Badan dia kejang kejang. Sekarang Ameer sedang di check di ruang kecemasan”. Qaira yang berada di Korea Selatan terus bergegas pulang mendapatkan putera kesayangannya.

Malangnya, Qaira terlambat. Ameer, putera kesayangannya telah pergi sebelum sempat dia melihatnya. Ameer pergi buat selama-lamanya. Qaira meraung dalam pelukan suaminya. Dia hysteria. Izzuddin benar-benar ralat dan kesal. Air mata seorang bapa turut jatuh.

Akhirnya, petang itu Qaira menunaikan janjinya. Dia memandikan Ameer. “Ameer, mama ni sayang. Mama mandikan Ameer ni sayang. Ameer bangunlah nak! Mama minta maaf. Mama janji akan mandikan Ameer setiap hari. Ameer bangunlah sayang!”

Sayang seribu kali sayang. Itulah kali pertama dan terakhir Qaira dapat memandikan Ameer.

No comments:

Post a Comment