SIAR RAYA

Sunday, December 26, 2010

IMBAS KEMBALI PART 1


Assalamualaikum

P/S : sila lah rajinkan diri baca sampai habis . panjang tak sampai 2 muka surat pon bro . hihi XP

Alhamdulillah . bersyukur ke hadrat ilahi kita semua masih dikurniakan kesihatan dan keselamatan hidup di dunia ini . sangat clishe (wa ta reti eja beb ) bunyinya . entry ni ditulis sebelum kita semua melangkah ke tahun seterusnya . tahun baru . new year . haa apa sajalah . pada entry sebelum sebelum ni kte ada kata nak recap balek apa apa je yang jadi sepanjang tahun 2010 . jom soseh soseh mana mana peristiwa yang kte ingat dan kira penting pada kte .

memang tak lepas lah kalau nak ingat ikut turutan . kte takde diary pulak nak refer . bantai je lah . seperti tahun tahun tahun tahun tahun sebelum tahun 2010 ni semua orang pasti confirm for sure gerenti lah ada azam tahun baru . wish lists lah segala bagai kan . kte pon tak terkecuali tahu . kira azam untuk tahun 2010 ( yang diniatkan pada tahun 2009 ) kte ialah time matrik nak dapat 4 flat CGPS 2 . kenapa tak CGPA kan ? sebab CGPS 1 dah kantoi . BOO !!!

lepas tuh niat yang boleh kira cumulative punya ialah azam nak kurus . weh azam ni tak tercapai sampai ke sudah . tapi alhamdulillah tahun 2010 macam permulaan azam ini akan menjumpai titik noktahnya , insyaAllah . kenapa ? sebab baru baru ni kte dah turun 6 kg dlm mse 2 minggu masa kat U . eceh . macam bagus aje . usaha akan tetap diteruskan . tunggu je lah kan hasilnya nanti . weeweet XP

tahun 2010 kte tamat pengajian matrik . tak dapat 4 flat lah tapi boleh lah tahan membanggakan . alhamdulillah . then lepas matrik kerja sambil tunggu U . jeng jeng jeng . bila result upu keluar , haa amek kau ! dapat punya lah dekat je sebelah rumah kte . UNIVERSITI UTARA MALAYSIA , SINTOK , KEDAH . memang lah kedah tu share wilayah dengan johor bebeh . apa kte rasa ? soalan cepu cemas bro . habis maki hamun gua keluar . cis !

sejujurnya ( honestly ) kte pasang harapan atok tinggi gila nak masuk UM . sekali dapat , UUM daa . lebih satu U pulak . bergelimang air mata seorang wanita beb , eh mestilah kte sedih . kena pergi matrik kat melaka yang sekangkang beruk tuh pon dah nak dekat meroyan , ini boleh pulak tercampak beribu kilometer bersamaan 12 jam perjalanan naik bas beb . hampeh betul . solat istikharah lagi demi masa depan kte kali ni . haa bila susah baru nak ingat mintak tolong Allah . pooorah !

dah akhirnya dengan tawakal dan tawaduk ( over ayat minah ni ) kte masuk lah UUM . weeweet !!!  cerita pasal ni je dah berjela jela . sebab tuh kena bahagi part 1 2 3 4 ntah berapa part(s) . BOO !!! eh tapi kte nak bagitahu lah  memang touching bila belajar jauh dari orang tua . kira merantau jugak lah . mula mula memang haru kte kat sini . dah macam orang jakun . paling hampeh bila bab berkomunikasi . gua cakap lain dia cakap lain bro . dia cakap gua lagi ternganga bro .

nasib kte baik lah bila dapat roomate orang sini . dia lah yang jadi translator kte . jadi jurucakap kte . segalanya lah . kte sayang roomate kte ketat ketat ( kalau watif baca ni gua gerenti kembang kuncup hidung dia beb XP )

to be continued , maizura moksin

Thursday, December 23, 2010

PLEASE VOTE FOR ME

Assalamualaikum

BILA ANDA BACA ENTRY INI ANDA HARUS MELAKUKAN 2 PERKARA

1. KLIK 'LIKE' PAGE INI

2. KLIK 'LIKE' PHOTO INI

P/S : UNTUK ANDA YANG ADA FACEBOOK SHJ
P/S/S : SAYA BERSUMPAH INI BUKAN SPAM ATAU PRANK
P/S/S/S : ANDA SEORANG YANG BERHATI MULIA JIKA TIDAK MENGABAIKAN 2 PERKARA DI ATAS DAN BERUSAHA MEMBANTU DENGAN MENYEBARKANNYA

SAYANG KAMU SI PEMBACA ENTRY , MAIZURA MOKSIN .

Monday, December 20, 2010

AKTIVITI MEMBAZIRKAN DUIT


Assalamualaikum ...

ehemmm . annyeong ! kali ni nak guna kata ganti diri 'aku' . suka hati aku lah kan (testing) . ahaha . semalam dah keluar berseronok dengan kawan kawan . pergi meronda johor bahru . gambar yang ala ala model kat tepi blog tuh gambar yang diambil semalam jugak . semalam malas nak taip blog sebab terlalu letih . tapi dah upload gambar kat fb . boleh lah pergi tengok . heee

ok ok . aktiviti membazirkan duit . aku keluar dengan mama dan bibik . pergi gunting rambut . mama yang nak sangat gunting . ok last last aku ngan bibik sekali join the club . ahaha . aku cakap ngan brader tuh trim sket hujung rambut aku . then aku nak kasik pendek fringe aku . sekali dia kasik gunting bapak banyak . pendek sudah rambut aku . kurang asam betul ! macam nak nangis aku kat situ . tapi tak macho lah kan nangis kat depan ramai orang . peh hati aku panas jek !

muncung aku memang boleh ukur dengan pembaris . ada lah dalam 7cm ( peh nak menipu tak agak agak ) . nak mengubat hati yang lara aku pergi round round carik pasal lagi . sekali tengok jam dah dinner time . perut pun dah bunyik lagu maher zain ( nak jugak placing ) . mama cakap nak makan spaghetti ( padahal aku ) . ahaha . last last sekali lagi aku ngan bibik makan spaghetti jugak . haa . order jugak banyak side meal and desert . ini aktiviti membuncitkan perut namanya . BOO !!!

lepas makan kena exercise . round round lagi . sekali lagi aku TERbeli barang kehendak ( economy phrase )
. barang kehendak bermaksud keinginan individu memiliki barang bagi mencapi kehidupan yang lebih selesa . walau bagaimanapun , hidup masih boleh diteruskan tanpa memenuhi kehendak tersebut .  ahaha . tapi kali ni  aku hamburkan duit tak banyak sangat . sikit je . eh tak tipu . betul . lepas tuh mama lah yang hamburkan duit banyak gila beli barang dapur ( padahal aku lagi ) .


 ♥ shawl baru lagi ♥

♥ vanilla caramel puding ♥

♥ bean sprout ♥

♥ samosa my favorite kueh ever ♥

♥ cream chicken carbonara ♥

itu sahaja lah cerita dongeng untuk kali ini , maizura moksin .

Saturday, December 18, 2010

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean


Assalamualaikum . 

Note ni tak tahu siapa penulis asalnya . tapi sebab kte suka sangat baca and saja nak share ngan semua , tuh yang tulis ni . enjoy ya . 10 Things You Should Know About A True Blue Johorean ...

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kaler kete kita tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes n Kota Tinggi umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".
Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).

Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar), bandor (Bandar), pasor (pasar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T.
Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah are either loyar buruk or bigor **)

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....

Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :
Di dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock.

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash, etc.

Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku !


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

 

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so
I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)
Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


Apa lagi EKK?

Kamus Johor :

Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
ampo ? permaidani, carpet
Gebo - selimut

Wednesday, December 15, 2010

CERITA DONGENG MAK MINAH

 Assalamualaikum

entry kali ni akan sangat pendek sebab cuma nak buat luahan hati ( eh macam lagu thaqif ) . sepatutnya entry  ni di tulis lebih awal tapi apa kan daya kte busy sket plus agak berzaman eh nak upload gambar . line agak kesengalan sebab dah over load . maafkan patik . sebab dah kata pendek kan tadi , so nak cakap dua benda je . 

satu , sakit hati . sakit sangat . tahu sebab apa ? sebab BAS . kte balek naek bas daripada dalam kampus . bas sepatutnya bertolak 8.30 pm tapi kena tunda 11.30 pm sebab ada student yang ambil exam malam tuh . haish ! brader , kalau dah tahu lu ada exam , yang bijak sangat pergi beli tiket awal pasal apa ? lu punya pasal , gua dengan kawan kawan gua jadi lambat balek tahu ! hampeh betul lah lu brader . apart from that , dah lah kata 11.30 pm , amek kte 12.30 am pastu soseh itu ini 1.30 am baru gerak . cis ! cuba kira berapa banyak msa kte terbuang . haa lagi sikit kte nak tambah ni . bas tuh punyalah sempit , kerusi macam bas awam je sampai kte rase hilang dah bontot ni , penghawa dingin tak dingin pun ! BOO !!! memang jangan mimpi lah kte nak beli lagi tiket dari agen ni lagi .

dua , senang hati . sebab sampai bandar halaman dengan selamat ( bontot je tak selamat ) . berbunga dapat peluk cium ayahanda dan bonda terchenta . aktiviti yang dirancang agak padat ( ye ye aje minah ni ) . itu aje . pendek tak ? tak ? panjang ? ala ... pendek lah ... pendek eh ? eh eh ? *big grin*



 
caption : walaupun bersedih dan berduka lara . walaupun . 
mak minah kaki bergambar mana boleh tak ckit ckit camera .




caption : berbreakfast dengan ini lah . makan tiga keping je dah full .
sebab kenyang makan hati bro . camni lah lu kan ?


yang benar sakit hati , maizura moksin .

Monday, December 13, 2010

SAYONARA SINTOK

packing barang

 
serah kunci bilik


  abu yang muka seposen sebab kena tinggal


Assalamualaikum

tengok tajuk pon dah boleh tahu entry kte kali ni . wee everybody say HAAAAA !!! HEEEEE !!! HOOOO !!! amacam ? seronok kan kan kan ? eh eh eh . tahu ? dah cuti sem bro ! kte dah lama gila tunggu kot . haiyo macam macam jadi tahun 2010 ni . haa kalau nak recapture lah balek apa je yang jadi tahun 2010 ni , boleh buat lagi 1 entry baru bro . hmm nanti nanti lah eh .

bro , cuba tengok sikit gambar kat atas tuh . fuyoo fuyoo !!! ahaha . dah macam nak pindah rumah aje kan . kat Universiti Utara Malaysia aka Universiti Untuk Maizura yang terchenta ni , setiap kali cuti semester memang kena kosongkan bilik . barang barang semua kena pindah masuk stor . eh U lain pon kena jugak ke ? hmm kte tak pasti pulak yang tuh . 

nak dijadikan cerita lagi sengal , nak habaq mai kat hangpa semua , antara ramai ramai kawan , cheq lah yang balek paling last ke kampung halaman . sat lagi habis ja cuti cheq jugak lah yang mai balek ke sintok ni paling awal . lagu yang tuh cheq tak berapa nak berkenan . cheq bukan apa . hati ni rasa uiii berat nak tinggal kan ayahanda dan bonda terchenta ( ayat wa tak nak lagi poyo kan bro? XP ) 



ok yang segak segak atas ni semua dok posing muka bahagia (eh macam tak aje ) . ni kami dok posing masa paper last . wah dah tak sabaq lagi dah masa ni . jawab paper pulak si TITAS yang multiple choice tuh . haih lagi sarkas lah kami . kepala otak tuh dah melayang jauh nun ke kampung ( padahal bandar ) nak lagi senorok cheq nak habaq mai , semua student termasuk lah cheq keluaq awal time paper last tuh . gempak noh ( ayat febret ANIQUE )

woot penat cakap loghat utara tahu tak ? berpeluh kte . tuh pon main bantai je . kembali kepada diri yang asal . masa kte tulis entry ni . orang kat sekeliling tengah last touch up nak balek dah . haa roomate kesayangan tengah bertouch up tuh . semua balek 5.30 pm . kte yang sepatutnya balek 8.30 pm delay ke 11.30 pm pulak . terpaksa lah tinggal seorang kat sini . mambang tanah mambang air mambang api jangan dok gatai nak timbul pulak eh . nanti kte piat telinga kang baru tahu .

dah tak tahu nak membebel apa lagi . penutup entry , harapan . semoga semua orang seronok bercuti panjang ( panjang lah sangat ) . cuti cuti jugak . kesihatan dan keselamatan kena jaga . isi cuti dengan benda yang berfaedah . ni pesanan untuk semua dan diri kte jugak . jangan lupa balek semula ke sini . semester seterusnya ada lagi . jangan lupa kat kte . nanti kte update lagi belog ni . jangan tak baca dah . 

salam sayang dan rindu , maizura moksin

Wednesday, December 8, 2010

GIRLS DAY OUT LAGI

 ♥ annyeong ♥

 Assalamualaikum

watak cerita masih seperti biasa . MAI , WATIF , TIA and ILA . sebenarnya keluar tanpa perancangan yang rapi pon boleh jadi fun ok . betul lah . bermula dengan bebual kosong tentang iklan cerita baru yang tayang kat wayang semasa dinner kat kafe , jadi , jadilah kami keluar . eh apa punya bahasa daaa .

 ♥ the tooth to my fairy ♥
-sahabat sampai syurga-

keluar dari pagi sampai petang . planning utamanya nak tengok wayang dan duplicate kunci bilik tia ngn ila . haa nak sangat tengok cerita AKU MASIH DARA . tapi belum keluar lagi . so backup movie nya , cerita NGANGKUNG .

 ♥ aku masih dara ♥
-sekali belum tayang daa-

♥ ngangkung ♥
-atuk nenek , cucu tumpang tulis belog ni-

ok so we just watch the movie ngangkung . its a comedy horror movie . keseluruhan cerita nya boleh lah . kte bagi 3.5 bintang drpd 5 bintang . ok what ? bukan apa jalan cerita nya macam tak ada apa apa sangat . yang buat best , part2 lawak nya je . apa yang tunjuk kat iklan tuh , yang tuh je lah part yang best . tapi nak bagi extra credits jugak sebab cerita ni banyak moral value nya . that's from my personal view lah . korang punye view kte tak tahu lah kan .

next , kte ngan kawan2 kte pergi lah round2 cari pasal . ehehe . apa dia ? ahaha . mana tahu ni ? dah memang tak sah lah kan kalau kte tak shopping . haih kte kan popular ngan kegilaan bershopping aka kesengalan menghabiskan duet ptptn . hihihi . bukan apa , barang2 tuh semua yang suruh kte beli dia . kita tak sampai hati pulak kalau tak beli . BOOOOO !!! ayat tak macam gampang pulak . ooopsssy termencarut kat sini . eh biarlah ! xP

haih dah tak ada modal bercerita ni . apart from shopping tuh , kteorang hari ni mengOBESITIkan diri masing2 dengan lunch PIZZA HUT dan dinner KFC . ohoho !!! katakan tidak pada diet !!! eh tak cukup ANAEROXIA ke kami ni ? check balik tengok . ahaha . kalau tak dapat pastikan sah korang semua tinggal 2 kali jumaat je lepas ni . kekeke !!!

chop . dah pukul berapa ni . mak aiii . dah dekat 2 pagi ?! cis ! emas kte burn lagi lah jawapnya . apa ? tak paham ? haihhh kan masa itu emas ? masa terbuang sama lah macam emas burn ala ala hangus hanget gitu . sekali lagi . BOOOOO !!! eh eh . over kau . dah lah cukup kte merapu ikan kerapu kat sini . biarlah forum kte ni ditutup dengan gambar kat bawah ni . enjoy ! jangan lupa , selamat beramal .


♥ shawl pesen baru ♥
-mak joyah mana boleh ketinggalan pesen terbaru nyah-
♥ rantai labuh wana wani ♥
-beli ni sebab first sight love nta kenapa-

♥ tali2 wedges ♥
-been like buying since ages-

♥ shoe ♥
-tibe2 rasa comelness lah this thing-


kombawo yo , maizura moksin .

Monday, December 6, 2010

CRUSH


Assalamualaikum ...


Sudah agak berkurun i ta post entries kan kan kan ? agak busy lah . or sibuk dgn makna "menyibuk" . teehee . belog kali ni na cerita sket pasal ......... CRUSH . maksud dalam bahasa ......... REMPUH . eh eh eh . bukan maksud yang tu lah . ni CRUSH yang maksudnya JATUH HATI .

ada fakta yang tulis CRUSH ONLY LAST FOR ONLY 4 MONTH . tapi kalau lebih itu namanya LOVE . woot woot woot . kesahihannya i ta tahu lah u all . experiment lah sendiri ek .

introduction sampai 2 perenggan . merepek lah maizura ni . ok ok ok . sebenarnya na beritahu i had CRUSH on someone . bila kita simpan perasaan kasih pada seseorang dan ta beritahu orang lain , bila kita mati ia jadi syahid , tetap lah i na beritahu . syahid ta syahid . dah memang lah i ni dilahirkan dengan banyak molot @ joyah @ kepo . eh suka hati lah kn . ahaha .. gedikkk !!!

sebenarnya crush i kali ni macam bukan lah jenis lelaki 'hot stuff' or terhangat di pasaran . tapi dia type yang wajib buat SUAMI . nama dia ____ ________ _ _____ ______ . nama dy memang handsome macam orangnya . initially i panggil ABG AIAR , ABG AYOR . first met kat KACHI HALL . time tuh event LETS JOIN RAKAN MASJID .  there u go . haaa taw da dy camane kn ? budak masjid , alim , warak , soleh ke ape lagi lah . dah terlebih detail pulak ceritanya ni . mati lah kalau kantoi . kena buang DPP kot . lol !!!


cute lah this picture

tadi dah cakap kan pasal buat suami ? that part i really really really mean it . ta kesah lah korang na kata i ni gatal ke miang ke ape ke . well ade i kesah ? bukan apa . bagus apa kalau terus diikat dengan ikatan yang sah mengikut syariah . elak maksiat . pahala pon dapat . apa yang kurang ? tapi i tahu lah kan i ni still young . dy pon young juga . umur beberapa tahun je beza . belajar pon ta habis lagi kan .

tapi yang i na share sebenarnya kan tentang KESEDARAN . bila tengok dia alim bersongkok semua tu . i tersedar satu benda . selalunya i akan kata i ta padan ngan dy sebab i ta cun semua . tapi kali ni lain . totally different . i kept telling to myself ' EH DIA TU MESTI NA CARI PEREMPUAN SOLEHAH PAKAI TUDUNG LABUH , PANDAI MENGAJI , PAKAI HAND SOCK NGAN STOKIN BILA PAKAI SANDAL , LEMAH LEMBUT, SOPAN , TAK SOSIAL , SOLAT JEMAAH KAT MASJID . TA LAYAN KOREA . LAYAN UNIC RAIHAN MAHER ZAIN JE '

tapi satu pun ciri-ciri tuh tak menepati ngn diri i . tapi i layan lah jugak UNIC RAIHAN MAHER ZAIN tuh . tapi KOREA pon lagi layan . haishhh . macam mana ni ? tu lah . jatuh hati ngan dy siapa suruh ? terdetik dalam hati nak berubah . tapi niat tuh dah tercemar dek perasaan hati ni kan ? mana boleh ! berubah kena lah kerana Allah swt . CRUSH only last for 4 months aje kan ? so in the meantime i just let it be . doa setiap lepas solat semoga Allah pertemukan jodoh dengan orang yang soleh . ini bukan cakap kosong . memang nak suami yang soleh yang boleh jamin kebahagiaan dunia dan akhirat . well siapa tak nak kan ?

love , maizura moksin .