SIAR RAYA

Friday, March 11, 2011

CINTA ABG EEZ MENANG CONTEST !

courtesy of google


Assalamualaikum

Alhamdulillah , Allah tak putus putus beri rezeki kepada aku . Alhamdulillah aku menang lagi satu contest . CONTEST KAU CINTA PERTAMA AKU . aku sangat berterima kasih kepada Cik Ima sebab dah anjurkan contest ini . aku memang tak sangka boleh menang sebab aku baca jugak cerita dari peserta lain , memang hebat hebat jugak .

niat aku macam biasa lah . nak berkongsi cerita dan pengalaman aku . secara tak langsung , semua yang dah baca cerita tu turut mendoakan arwah Abg Eez . walaupun ramai yang mengatakan kisah cinta pertama aku tu sad ending dan sebagainya , aku memang tak nafikan . iyalah , walaupun cinta tak seharusnya memiliki , tetapi kalau dapat memiliki pasti lebih manis .

kalau korang yang baca ada yang sampai menangis dan terharu , apa lagi aku yang menjalaninya . namun , aku hanya hamba Allah yang lemah dan tak mampu melawan takdir yang dah tersurat . walau apapun , aku bersyukur sebab Allah tetap beri aku peluang untuk mengenal arwah Abg Eez walaupun hanya sesaat . sesaat itu sebenarnya lebih baik dari tak sama sekali .

kalau nak bercerita tentang cinta memang tak akan jumpa penghujungnya . aku pun pernah je terdetik dalam hati , kalau lah arwah masih hidup , mesti aku dah jadi isteri dia . mungkin kami akan kahwin muda . mungkin aku akan kahwin dengan dia 6 tahun lagi . tetapi semuanya hanya mungkin . tiada yang pasti . mungkin jugak dia bukan jodoh aku . mungkin .

so , aku nak katakan di sini , Allah made our eyes placed right in front because it is more important to look ahead rather than to look back . aku redha dengan ketentuan dari ilahi . terima kasih semua yang menghargai cinta terutama Cik Ima yang dah hargai cinta saya . terkejut baca entry pengumuman ini . terima kasih jugak kepada yang sudi baca entry ini .

dear Abg Eez , baby tahu abg sentiasa ada dekat dengan baby . abg selalu tengok baby kan ? abg mesti rindu kan baby , sama macam baby rindukan abg . abg tengoklah betapa ikhlas dan sucinya cinta abg . cinta abg dah menang . cinta abg dah ada dalam hati semua yang baca kisah kita . abg tenanglah di sana ya . abg tunggu baby ya . baby sayang abg selamanya . insyaAllah ... al- Fatihah ...

Tuesday, March 8, 2011

LIFE ITU KEHIDUPAN , PERCAYALAH ...



Assalamualaikum

entry ni dibuat sebab comment di shoubox aku yang datang dari cik nur aisyah . ok sebagai mukadimah , aku nak highlight tentang FREEDOM OF SPEECH . aku nak semua orang tahu , apa itu life ? life is kehidupan . our life means kehidupan kita . our blog means blog kita . my blog means blog aku lah ya . berbalik kepada comment cik aisyah tadi , dia kata aku sangat berkeyakinan .

aku nak cerita sikit , walaupun mesti ramai yang tahu , aku tetap nak cerita jugak . kita selalu dengar kalau kita takut ketinggian , kita kenalah berada di tempat yang tinggi untuk lawan rasa takut itu . kalau kita takut gelap , kita pun kena lah bergelap . kalau aku takut cacing , aku kenalah lariii !!! ahaha !!! tak , maksud aku macam ni , kita kena hadapi dan harungi segala ketidakboleh hadapi kita .

aku memang tak tahu secara medik apa nama therapy ni . tapi aku memang dah lalui therapy ni . aku ni dibesarkan dalam keluarga yang kecil dan aku susah nak berdikari . dulu aku takut gelap , aku takut bila seorang diri , aku takut ketinggian dan macam macam lagi . kedengarannya sungguh "alah biasa je kot" . tapi percayalah , memang perasaan takut tu sangat tak seronok untuk dilalui .

tapi satu hari tu , aku beranikan diri join kem jati diri . masa tu aku nekad nak buang segala rasa takut yang aku ada . kat sana aku belajar macam macam . aku masuk hutan tepat jam 12 malam seorang diri . aku rasa dah hampir nak menyerah masa tu , tapi fasilitator tu cabar aku . dan akhirnya aku berjaya harungi . ya , memang berjaya . so , apa kaitan dengan tajuk entry , dan comment ci aisyah tadi ?

keyakinan . ya keyakinan diri yang dia nampak pada aku . itu secara tersurat je . aku faham maksud tersirat dia . aku ni badan besar , muka tak cun , blog biasa je pun , tapi aku masih berani expose diri aku kat khalayak ramai . aku join contest dan macam macam lah . kenapa aku ada keyakinan nak buat semua tu ? sebab pada dasarnya aku TAKUT nak buat semua tu .

aku bukan nak berdabik dada dan letak diri aku di tempat yang selesa atau bagus . aku pun pernah je kena dengan cik anon dan orang dengki . tapi aku tak akan ke mana kalau aku takut . aku tegarkan diri untuk berdepan dengan semua tu walaupun kadang kadang aku rasa macam tak patut hidup . cik aisyah ni sangat amat lah cantik manis orangnya , tapi dia kata bagusnya kalau dia macam aku .

walhal , aku ni tak ada apa apa pun . aku nak pinjam lah sikit kata kata kak Hanis Zalikha pasal entry dia ini . dia ada cakap pasal cantik dan ugly and so on . my favourite part was 
  
You are not ugly,
you are just not your own taste.

so , keyakinan do applies too on that . face it . bear with it . just be . have faith in yourself . our life belongs to us not others . percayalah pada diri kita tak kira kita bagus atau tak . kalau kita tak yakin dengan diri sendiri , macam mana orang lain nak percayakan kita ? ok , ini sekadar entry bebas . terima kasih sudi baca . muc love !!!

THE 150TH FOLLOWER !!!



Assalamualaikum

hello ! -hellohellohellohello!- (gua pantul) teehee ! lama noh aku tak update . busy lah . tapi walaupun aku lama tak update aku tetap setia bw eh . aku travel dari satu blog ke satu blog . dalam busy busy aku sempat screen capture lagi the 150th follower tau . haa ,  agak lambat post tapi aku tak lupa . aku nak ucapkan jutaan terima kasih untuk cik fatihah sallehuddin sebab dah jadi kawan seperjuangan saya . semoga Allah sentiasa bersama awak . terima kasih banyak banyak sebab sudi follow saya . much love !!!

Tuesday, March 1, 2011

AKU MENANG CONTEST AYURASHIDAH

Assalamualaikum

syukur alhamdulillah sebab Allah beri rezeki kepada aku lagi . terima kasih yang tak terhingga kepada cik Ayurashidah sebab sudi pilih mai sebagai salah satu pemenang . maklumat lanjut klik sini . ini contest pertama yang aku menang . terima kasih kepada yang sudi baca entry yang aku pertandingkan ini . secara tak langsung , semua yang membaca telah turut sama mendoakan kesembuhan mama . semoga Allah mendengar doa kalian .  cik Ayu , mai doakan semoga Allah murahkan rezeki cik Ayu . once again , thank u .

seandainya mama boleh lihat betapa ramai orang yang baik hati doakan mama sembuh , pasti mama akan mengalirkan air mata kebahagiaan . ya Allah , dengarlah doa setiap hambaMu dan kabulkanlah setiap doa itu . dan engkau murahkanlah rezeki mereka yang baik hati itu . Amin ...