SIAR RAYA

Monday, August 15, 2011

ALMOND HONEY CORNFLAKES RECIPE


Assalamualaikum 

Wah !!! baru beberapa saat post entry pasal honey cornflakes aku ni dah ada yang request resipi . ok ok sila bersabar semua . i tak lokek aka kedekut ya . mari baca sampai habis kalau nak tahu resipi nya . jeng jeng jeng !!!

INGREDIENTS :
500 g   Cornflakes
250 g   Chopped almond
250 g   Buttercup
1 cup   Caster sugar
1 cup   Honey
Paper cup

1. Sangar chopped almand sampai yellowish
2. Cairkan butter dan masukkan caster sugar . kacau sampai butter kembang
3. Masukkan honey . kacau rata
4. Masukkan cornflakes then follow by the chopped almond . gaul rata then tutup api
5. Masuk dalam paper cup .
6. Bakar dalam oven 2-3 mins . done !


simple gila kan !!! resipi ni boleh buat untuk lebih kurang 200 biji . ini cara sendirian berhad . kalau suka boleh letak cherry or raisin . HAPPY TRYING !!!

Sunday, August 14, 2011

HONEY CORNFLAKES YUMMEH





Assalamualaikum

Alhamdulillah genap sudah 2 minggu ramadhan . mesti semua dah mula buat persiapan awal aidilfitri , mula buat kuih , mula pasang lagu raya . eksaited kemain lagi . as for me , tak ada apa apa sangat lah . keluarga kecik je pun . rumah pun tak ada benda nak upgrade sangat pun . sederhana je semua . ayah dan mama memang dah berzaman tak tempah baju raya . aku pun setakat beli dah siap .

bila enter chapter kuih raya , memang dari dulu tak pernah buat . kebanyakan kuih , makcik dan sedara mara yang kasi . and ada jugak yang beli . memang standard lah sebab yang bertandang ke rumah aku pun tak ramai . dulu zaman mama sihat , wajib lah dia buat open house bagai . la ni mama dah sakit macam tu , tak ada orang pun kesah .

well , lumrah lah manusia ni , bila senang , berduyun duyun orang yang rapat , bila susah , hmmm hampeh semua blah . toksah kata kawan , sedara mara pun sama jugak 2x5 perangai . eh dah lari topik kiranya aku ni . sebenarnya aku nak show off lah yang aku buat HONEY CORNFLAKES YUMMEH ALA MAIZURA MOKSIN . muahaha !!!

yela , setiap tahun aku dok buat muka tak malu pergi beraya rumah orang ambush kuih febret aku yang satu ni . kalau rumah sesiapa ada kuih ni sah menyesal diorang bukak pintu bagi aku beraya . memang confirm aku siap habis kan sebalang , siap mintak tapaw lagi . muahaha !!! tapi sebab tahun ni aku free gila , so aku buat lah sendiri . 10 balang pun aku boleh buat .

so percubaan pertama aku ni kira berjaya lah . cis ! senang rupanya nak buat menda alah ni . tak sampai 2 jam settle semua . muahaha !!! ok lah , itu je aku nak gembar gembur kan kepada seluruh alam semesta ini . kalau nak soh aku buatkan , boleh je . upah sikit je . bukan aku nak buat bisnes pun . lagi pun aku paham , benda alah ni orang tak jual sebab tak wow sangat untung dia .

Monday, August 1, 2011

JANG GEUN SUK RAMPAS BUAH HATI NICHKHUN ?!


Assalamualaikum

My current desktop background . gigi bongsu dah start wrecking my nerve . badan pun dah suam suam hangat ni . gggrrr !!! tapi dengan menatap mata sayang ku JANG GEUN SUK ni dapat sedikit relieve pain . cinta ku NICHKHUN , mian hae yo . still loving u my bebeh . AAOOOW SAKITTT T_____T



P/S : entry tidak ada kena mengena dengan title post mahupun hidup atau yang mati . mian hae ;D

GIGI BONGSU AL MUBARAK


Assalamualaikum

Jam dah lebih tengah malam , so dah bermula BULAN BARU . BULAN RAMADHAN DAN BULAN OGOS . di bulan baru ni aku dikurniakan satu nikmat dan azab sekaligus . yes . GIGI BONGSU KU DAH MULA TUMBUH ! kenapa nikmat ? sebab syukur alhamdulillah Allah beri kesenangan dengan tumbuh gigi baru . boleh lah aku guna dengan sebaiknya kelak . mana lah tahu gigi geraham yang lain dah mula tak berfungsi dengan begitu baik , kan ?

kenapa azab pulak ? menurut kata orang dan pembacaan aku juga , apabila gigi bongsu ini mula tumbuh , ia akan menyebabkan kesakitan yang agak luar biasa . ini kerana gigi bongsu tumbuh di kawasan rahang gusi yang agak sempit . gigi bongsu kira tak cukup space nak tumbuh . jadi dia akan paksa tolak akak dan abang long gigi lain . ini akan menyebabkan kesakitan pada gigi . kadang kadang sampai demam bila ini terjadi . aku ni kira berada di fasa awal , jadi baru mula rasa sengal dan tak selesa .

well , ini bukan satu halangan untuk aku terus mejalankan ibadah puasa dengan sempurna . insyaAllah . sekadar perkongsian bersama . dan doakan semoga tidak terjadi sebarang komplikasi dengan pertumbuhan gigi bongsu aku . Amin ...