SIAR RAYA

Monday, February 14, 2011

OUH MY VALENTINE

 courtesy by google

Assalamualaikum

jam dah pun melebihi jam 12 . so , automatically dah beranjak ke tarikh keramat yang dinantikan oleh ramai muda mudi iaitu 14 Februari , Valentine's Day (VD) . apa itu valentine's day ? ah tipu lah kalau tak tahu . kalian boleh lah rujuk ke sini untuk mengetahui tentang VD . kalau search kat google pun sure belambak lambak info korang boleh jumpa .

aku tak boleh kata terpulang kepada korang nak nilai ke apa , tapi secara tegasnya aku nak sebarkan bahawa adalah HARAM hukumnya dalam Islam bagi meraikan atau menyambut atau apa saja lah , jika ia berkaitan dengan VD . dah tahu ? tahu tak apa . tapi masih ramai juga yang pura pura tak tahu . almaklumlah dah terbiasa mengikut budaya barat .

eleh , chill lah . kata 1 Malaysia . tak akan tak boleh ? ya ! MEMANG TAK BOLEH ! kau tolong lah faham maksud HARAM . berdosa besar kalau kau buat . ada faham ? aku ni memang lah bukan ustazah ke apa . tapi aku berhak menegah mana yang aku boleh . yang kau tu excited bebenor pe kejadahnya ? konon hari kekasih , dah tuh hari lain tak kasih lah ?

kalau nak meraikan kasih sayang , cinta dan cinton korang kan , ada 365 hari 24 jam boleh raikan . yang meroyan dok specific jugak kat tarikh VD tu apesal ? tapi kalau anniversary jatuh hari tuh lain cerita lah kan . so , aku rasa dah berbuih kot mulut orang yang berkempen tentang VD ni kan . so , silalah dengar dan ikut kan . alah tak ke mana lah cekelat , bunga segala bagai tuh .

maka dengan ini , kepada cik awek sekalian , kalau cik boyfie sibuk bagi hadiah , wish ke apa , marah dia , explain kat dia , bagitahu dia sambut atau wish sekalipun adalah HARAM . reti ? haa , kepada cik boyfie pulak toksah dok gelenyar ajak cik awek celebrate ok . sama sama lah korang mengingatkan ya . ini pun peringatan untuk aku jugak . so , thanks sudi baca .

Saturday, February 12, 2011

DASAR BIADAB



Assalamualaikum

maaflah kalau tajuk kedengaran kasar . aku pun sebenarnya tak sudi pun nak buat entri ini . tak pasal pasal aku telah mencemarkan kesucian blog aku yang bagai kanak kanak ribena ni . aku bajet macam malas sebenarnya nak cerita tapi aku rasa aku patut kongsi . sentap ke tak , itu sendiri mau ingat lah bro . aku pun sentap gila time itu olang buat pasal sama gua . cis !

ok , seperti gambar yang sedia melekat kat sidebar aku . gambar bonda tercinta itu . apa kaitannya ? ada lah sekali tuh aku keluar dengan mama dan bibik aku. pastu time aku nak balik tuh , cuaca agak terik , aku tak sampai hati nak suruh bibik tolak kerusi roda mama kat parking sebab agak jauh aku park kereta masa tu . then biar aku je lah pi amek kereta kan .

after that , aku stop lah sekejap kereta dekat satu side di mana aku mengambil kira tak akan mengganggu laluan kereta lain . tetapi ada satu kereta kancil bajet tak muat jugak dia nak lalu . padahal aku rasa kalau toyota unser lagi sebijik pun boleh lalu lah bro ! then dia stop lah sampil tunggu mama nak naik kereta . tunggu punya tunggu , ada kereta sebijik lagi datang .

yang powernya kereta kedua ni punyalah baik hati pergi hon bertalu talu . bro , kau agak agak ah kan . ada orang cacat nak naik kereta mesti lah take time . kau ingat mama tuh suka suka buat kau tunggu dia ke ? aku paling tak boleh belah pemandu dia perempuan dan ada anak kecik kat sebelah . eh kat mana letak sikap kemanusiaan dan timbang rasa kau hah ?

tak sepatutnya kau buat perangai depan anak kau . kan contoh tak baik tuh . aku ni marah dan kecewa dengan sikap kau tuh . cuba letak diri kau kat tempat mama . ingat senang ke weh jadi disable people ? ok dah cukup lah aku berbuat dosa dengan menyimpan perasaan marah dalam hati ni . siap sebar kasi kat orang baca . amek lah sebagai pengajaran eh korang .

terima kasih sudi baca . selamat beramal !

Friday, February 11, 2011

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH


Assalamualaikum

sudah bersawang nampaknya blog picisan ini . nyahaha !!! apa itu picisan ??? aku pun tak tahu . pakai letak aje sebab sedap bunyinya . ok sawan contest telah menerjah tanpa dipinta . contest anjuran cik ayurashidah ini . sebagai menambah koleksi contest aku , sila biarkan aku sertai pertandingan ini dengan sopannya .





nama bonda tercinta ZAITON BINTE DAMARI . puteri kedua dari sepuluh beradik . seorang kakak dan anak yang banyak berjasa kepada keluarga . sejak muda mama dah berkorban dengan berhenti sekolah awal dan bekerja untuk menyara adik adiknya . di usia yang agak senja iaitu 38 tahun , lahirlah seorang puteri semata wayang , aku . aku lahir dan dididik sehingga beranjak remaja . ditatang bagai minyak yang penuh . tidak sedikit pun kurang , setiap keperluan hidupku disediakan dengan baik .

mama seorang wanita , isteri dan ibu terbaik . aku bukan berkata ini kerana dia adalah ibuku . tetapi itulah hakikat sebenarnya . sebagai insan yang punyai keluhuran budi , mama banyak membantu tanpa minta dibalas . jasa baiknya ditabur tanpa sempadan . mama sangat dihormati . seorang wanita berniaga yang cukup dikenali . tetapi itu sebelum tragedi 9 tahun lepas sewaktu dia diberi dugaan yang terhebat dari yang Maha Esa . sedikit nikmatnya direnggut tanpa belas .

ya , 9 tahun lalu , mama diserang penyakit stroke atau angin ahmar . separuh tubuhnya lumpuh . 3 bulan dia dirawat di icu , dan bulan bulan seterusnya dirawat di wad biasa . aku ketika itu baru berusia 11 tahun . doktor berkata peluang hidupnya 50:50 . ya aku tak mengerti apa apa . aku tak mampu berbuat apa apa . aku hanya mampu menangis dan terus menangis . setiap usai solat , doa kepadaNya aku pohon tanpa segan silu . aku minta mama disembuhkan seperti sedia kala .

apa dosa mama telah lakukan sepanjang hidupnya sehingga sehebat ini dugaan yang diperoleh ? di mana keadilan bagi seorang insan yang aku rasa cukup sempurna amalannya ? kenapa mama ? kenapa mama yang Engkau pilih menerima ujian ini ? seperuh jiwaku pergi . separuh semangatku pergi . ya Allah ! Engkau telah patahkan sebelah sayapku . bagaimana aku hendak terbang ? ya , aku begitu tidak mengerti kenapa . aku terus bertanya dan terus bertanya kepadaNya .

dan pada akhirnya aku tidak menemui jawapannya . aku banyak membaca dan aku telah menjumpai bermacam macam ayat suci al-Quran dan juga hadis . antaranya , Allah tidak akan menduga umatNya melebihi kemampuannya . Allah memberi ujian kerana Allah inginkan umatnya belajar tentang ikhlas dan sabar . Allah ada sebab kenapa Dia memilih mama . aku akur . aku jalani ujian ini dengan tabah . kalau aku lemah , mama bagaimana ? ayah pula bagaimana ?

9 tahun dah berlalu . mama masih belum sembuh . tapi aku dah boleh biasakan diri dengan keadaan mama . bila mama sakit ni aku baru tahu apa itu susah . apa itu pengorbanan . apa itu kasih ibu . apa itu kasih isteri . bila mama sakit ni Allah bukan uji mama je , tapi Allah uji kami sekeluarga juga . aku . aku belajar urus rumah . aku belajar masak . aku belajar rawat orang sakit . aku macam nurse . aku mandikan dan bersihkan mama . Allah itu maha adil . Allah beri mama seorang zuriat perempuan supaya aku boleh rawat mama .

walaupun bila mama sakit , sedikit sebanyak mempengaruhi hidup aku tetapi aku bersyukur . ini mama sakit . ini hanya ujian kecil dari Allah . ujian yang masih mampu aku jalani . esok lusa kalau mama pergi entah macam mana . aku bukan kejam atau nak jadi anak derhaka yang mendoakan yang tak baik . tetapi aku berdoa , kalau ditakdirkan , biarlah mama pergi dulu sebelum aku . sebab kalau aku pergi dulu , siapa akan rawat mama ? ayah pun dah tua . sekarang aku redha dengan setiap ketentuan Allah .

semua anak sayang ibu masing masing . tapi tak semua anak boleh rawat ibu masing masing dengan baik . percaya lah . bukan senang jadi seorang ibu . hargailah ibu kita selagi dia ada . kasih ibu membawa ke syurga . ibu adalah segala galanya buat kita . sekarang aku tengah menuntut ilmu , aku nak jadi anak yang berjaya dan berbakti . aku nak buat mama bangga . aku cintakan mama . aku kasihkan mama . aku sayangkan mama . mama adalah ratu hati aku . mama adalah jiwa dan raga aku . mama adalah segalanya .

ya Allah , jika kau inginkan segalanya dariku , engkau ambillah . tetapi jangan kau ambil hartaku yang paling bernilai ini iaitu ibuku . ya Allah , jika aku harus menangis seumur hidupku , aku rela . tetapi jangan buat setitis pun air mata ibuku mengalir . ya Allah , jika aku harus hidup susah , aku redha . tetapi engkau permudahkanlah jalan kehidupan bagi ibuku . ya Allah , seandainya aku diizinkan sebentar menjadi burung , akan aku terbang setinggi mungkin untuk memetik satu bintang untuk aku hadiahkan kepada ibuku agar ibuku sentiasa tersenyum . sesungguhnya senyumannya itu adalah nadiku . Amin ...

nak tag yaya , cikien and fala . itu sahaja . terima kasih banyak sudi baca . much love !!!

Thursday, February 10, 2011

SME BEST BLOGGER COMPETITION


Assalamualaikum

this entry gonna be short . i've been tagged in a competition . i'm planning to work on this thing . i think it might be interesting . cuba cuba nasib . doakan kte ya tawan tawan . much love !!!





Tuesday, February 8, 2011

FIRST LOVE AKU HAPPY ENDING LAH

pic courtesy by google


Assalamulaikum

guys . korang jangan lah kata first love aku sad ending sebab si dia pergi . aku share cerita tentang dia semata mata niat kongsi . terima kasih atas doa kalian . kenangan bersama arwah abg Eez sentiasa segar dalam ingatan aku . aku tak akan pernah lupakan dia . aku pasti abg Eez tunggu aku kat syurga sana . dan sekarang dia mesti tengah perhatikan aku dari sana .

apa kata aku cerita lagi tentang dia . sebab hari tuh contest tak leh lah nak cerita banyak kan . aku nak korang tahu abg Eez sentiasa simpan chocolate sneakers kat dalam kereta and pocket seluar dia . dia sangat suka chocolate yang satu tu . aku mula mula pun pelik sebab selalunya lelaki ni tak suka benda benda manis , lagi lagi chocolate . lama lama aku dah biasa , dia punya bestfriend pun sepesen macam tuh .

aku dah rasa macam dating dengan kanak kanak ribena pulak . hmm abg Eez ni satu benda dia pantang ialah menunggu . so kalau nak keluar date dengan dia jangan buat dia menunggu sebab nanti tengok movie cerita shark tale pun boleh rasa macam tengok khurafat . dia akan moody sampai aku rasa macam jalan dengan singa jantan yang lapar . dia akan ok balek selepas 2 jam . unik kan ?

next , dia ni sangat suka baby . kteorang pernah dating kat sepital . kteorang pergi ward bahagian babies . pastu tengok babies kat sana . lepas tu , abg Eez ni kalau masih hidup mesti dia sekarang dah jadi architect .  aku ni pulak sentiasa berangan nak kahwin dengan pilot . abg Eez pun tahu dan dia tak pernah complaint walaupun aku selalu ajak dia pergi airport . airport tuh boleh kira tempat lepak kteorang lah .

apa lagi ? aku dah tak larat nak tulis sebab air mata dah tak boleh berhenti ni . nanti free aku cerita lagi .

CONTEST COMELNYA BERBAJU KURUNG


Assalamualaikum 

jutaan maaf sebab dah lama tak update . update pun setakat alkisah diriku yang tak menarik untuk korang baca pun . maafkan patik ya . hakhakhak !!! ok hari ini aku telah di tag oleh cik hidaya sarbini , untuk satu conteset . thanks cik hidaya , murah rezeki awak tag kte eh . sudah sememangnya aku ni sedia sawan dengan contest kan . nyahaha !!! contest kali ini di anjurkan oleh cik ct khadijah yang cantik manis orangnya .

KENAPA PEREMPUAN PAKAI BAJU KURUNG ITU COMEL ? kerana baju kurung merupakan baju yang comel . jadi sesiapa pakai akan jadi comel . hihihi !!! baju kurung merupakan antara baju yang paling awal wujud kat dunia . baju kurung ni simple sikit daripada baju kebaya . baju kurung senang sikit nak pakai . sekarang baju kurung dah masuk dalam fashion berpakaian ok . dah bermacam macam jenis dan rupa dijual kat merata tempat dari pasar malam dan pasar borong sampai lah ke butik yang mahal dan esklusif .

baju kurung yang paling femes sekarang ni baju kurung cotton dan baju kurung moden . aku ni pun selalu pakai baju kurung pergi kelas sebab itu dikira pakaian formal . tapi aku sedar sebenarnya perempuan berbaju kurung ni lagi manis dan comel dari kau dok pakai skinny jeans ke apa . kalau pergi tanya kat budak lelaki pun , aku leh gerenti lah diorang tuh pun suka tengok perempuan berbaju kurung . nampak sopan lagi . INI PENDAPAT AKU LAH .




ini aku pilih gambar latest aku pakai baju kurung . baju kurung bonda aku time dia muda muda . tema aku ni vintage . comel kan ? aku memang comel . so aku rasa pakai apa pun aku still comel . ngahaha !!! tak boleh blah !!!

nak tag mereka
fadiela supanat

ok thanks sebab dah baca . much love !!!




Monday, February 7, 2011

BA TERLEPAS 8888 , MM TERLEPAS BA !!!


Assalamualaikum

uarghhh !!! sebab sibuk menjadi photographer , attend majlis tunang dengan potong jambul , aku missed ini !!! aku punyalah senyum sampai telinga sebab dia add fb aku , ni dia follow blog aku pulak !!! nyahahaha !!! ayahanda , mari kita buat kenduri sekali lagi . kenduri kesyukuran sebab brader Ben follow blog kte . esok beli metro ke bh ke nst ke , mesti dapat front page !!!

imbas sikit lah , aku honest cerita ni . kena saman tanggung lah sendiri . aku at first tak tahu siapa abg Ben ni . nak lagi honest , aku still tak kenal siapa dia sampai la ni . aku dulu jumpa blog dia aku cakap ek eleh blog dia tak cantik pon , colour cekelat jek , header tak de lah wow meletop pun . tengok ke sidebar pulak , aku nampak gambo dia ada cop . oh dia ni duta kot . tengok followers , opocot ! ramai !

aku jadi curious dah teruskan mengscroll . aku baca entries dia . tekan sekali dua previous entry aku jumpa segmen segmen . apa tu ? aku ni out sikit bab belog ni . masih belajar . pastu aku tersedar , dalam simple simple entries dia , aku macam tak leh stop nak baca . dalam hati aku pun cakap , dia ni power lah . aku suka . then aku pun follow .

follow follow then aku tengok nama dia aje ada dalam reading list kat dashboard . kejap kejap naik . kejap kejap naik . aku cakap mak aih punya lah rajin dia ni . pastu aku cerita and tunjuk kat roomates aku , diorang kata siapa tuh ? aku pun cakap entah . tapi aku suka dia punya blog . so melalui blog dia aku belajar banyak . honest aku cakap , aku kenal dia sebagai blogger . blogger sejati .

sebab dia boleh pengaruh ramai , aku panggil dia otai . aku fikir kalau dia jadi pemimpin pun baik . sebab orang senang follow arahan dia . so , dulu aku ingat FL , INM dan sebagainya tuh hebat sebab mereka cantik , banyak followers , famous , dll , tapi from now on aku follow bloggers yang tulis blog dengan hati je (AM) . terima kasih banyak abg Ben sebab bukak mata hati saya .