SIAR RAYA

Wednesday, August 25, 2010

KUCING UUM MENYOKONG 1 MALAYSIA

bhahahahaaaa !!!
gambar ini diambil oleh saya sendiri
lokasi : DKG 3 UUM
well apa lagi yang boleh dikatakan
sedangkan kucing pun menyokong gagasan PM kita
lagi kan kita semua ni yang berstatus kan
WARGANEGARA
apa tanggungjawab kita ???
jangan tanya apa yang negara dah beri kepada kita
tanya apa yang KITA dah beri kepada negara
renung-renungkan
selamat berjuang menjadi rakyat yang berkualiti
say no to
dadah
rokok
buang bayi
jangan jadi pengkhianat bangsa
kita 1 MALAYSIA
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
I ♥ MALAYSIA
and im proud to say
hooray its holiday !!!
gheeee ;)))

Tuesday, August 10, 2010

TANGISAN SEORANG ANAK

Ya Allah
aku bersyukur kerana
Engkau masih memberi kesempatan
untuk aku bernafas
agar aku dapat menyambut ketibaan
ramadhan al mubarak
Allahuakbar
tahun ini merupakan tahun pertama
aku menyambut ramadhan
tanpa ayahanda dan bonda tercinta
tahun pertama berada berjauhan
mereka di selatan dan aku di utara
sayu hati ini
kalau dulu ayah yang beli
kurma terbaik untukku
kerana ayah tahu aku sangat sukakan kurma
berhabis duit membeli yang mahal
demi anaknya yang seorang ini
kini
aku sendirian bergagah ke sana sini
mencari kurma
dah beli, dapat tak sedap pulak
tak putus asa
beli lagi
yang sedap, tapi mahal
tak apa lah
setahun sekali
tadi ayah call
dia cakap baik-baik sayang
sungguh tak tertahan air mataku
ayah, zura rindu sangat kat ayah
tunggu kepulangan anakmu ya
mama nanti kita beli baju raya ok
mama jangan sedih
zura sayang mama
kepada semua saudara islam ku
selamat menjalani ibadah puasa
semoga kita semua
dapat keberkatannya
ahlan wa sahlan ya ramadhan
wasalam

BILA MAI PROTES

peh memang aku betul2 bengang tadi
tak cukup kat surat khabar
tadi tengok berita ada lagi
semakin hari semakin menjadi jadi
bila nak game over hah ?
apa nak jadi dengan dunia sekarang
ya
memang lah aku pun bukan baik sangat
tapi tetap aku marah
aku benci
aku meluat
dengan orang yang perangai macam haiwan
kat mana letak kewarasan
letak hati nurani
dan belas kasihan diorang ???
sanggup buang bayi , janin etc.
haih
mak bapak yang salah
anak yang kena tanggung
biadap
kenapalah tak ada istilah
mak bapak derhaka
mereka2 ni lah aku jamin
masuk neraka paling bawah
eerrrggghhhh
ini blog aku punya
suka hati lah bila aku rasa nak tulis apa
kalau rasa tak suka
boleh blah !!!

Friday, August 6, 2010

NASI KERABLUE

inilah nasi kerabu
i called it nasi kerablue
because it's blue
ahahaha
yang ni jual kat kachi mall
me and my roomate
teringin sangat nak makan
before this makan yang jual kat pmc
yang kat pmc tuh
sumpah sedap gila
the best nasi kerabu i've ever ate
walhal sebelum ni ayah je yang suka makan
tiap2 kali puasa wajib beli untuk buka
i cuma rasa sikit2 je
kali ni memang betul2 admit
sedap sedap sedap
tapi sedih lah
kat kachi mall punya ta sedap
so kena lah outing ke pmc setiap rabu
ahahaha
xoxo

p/s : pmc - pasar mini changlun ;)

Tuesday, August 3, 2010

CUTI CUTI CUCI MATA


seronok dapat holiday free
dapat cuci mata
fuhhh
handsome kan ?
rasa macam berdiri sebelah
MICHAEL BALLACK
LUCAS PODOLSKI
and
MARIA SHARAPOVA
agagaa
hawt hawt hawt
xoxo

Sunday, August 1, 2010

nangis bila baca

I only copy and paste this story . no bad intention nor to offend anybody . feel free to read . agak panjang tapi believe me tak rugi punya bila baca . enjoy .

Kisah ini memaparkan


sikap seorang bapa

yang menyesali perbuatannya

terhadap anaknya

setelah mengetahui kesilapannya

Tetapi

Penyesalan itu telah terlambat

Kerana

Suatu hari si anak yang baru berumur 3 tahun terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan .

Dicuba pada kereta baru ayahnya. Ya…. Kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.

Hari itu ibu dan bapanya bermotorsikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari pembantu rumah.

Pulang petang itu..terkejutlah pasangan itu melihat kereta yang baru dibeli setahun dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,

“Siapa punya kerja ni?”

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

“Tak tahu..!”

“Duduk di rumah sepanjang hari, kau tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata

“Ita buat ayah…cantik kan?!”

katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.

Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekali gus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu hanya mendiamkan diri, mungkin bersetuju dan rasa puas dengan hukuman tersebut.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa. Si bapa cukup rakus memukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya

Selepas itu si bapa masuk ke rumah diikuti si ibu. Pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya masuk ke bilik. Dilihatnya tapak tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.

Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak kecil itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokannya kedua-dua tangan anak kecil itu bengkak. Pembantu rumah mengadu.

“Sapukan aje minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak kecil.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

“ Ita demam…” jawab ringkas pembantunya

“Bagi minum penadol itu”. Balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5 siap” kata majikannya itu.

 Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.

Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaanya serius. Setelah seminggu di wad pediatric doctor memanggil ibu dan anak kecil itu.

“Tiada pilihan…” katanya mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana cedera yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.

Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dengan seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dengan linangan air mata.

“ Abah…Mama...Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat. Ita sayang abah…sayang mama.” Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang kak Narti...” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekali gus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti hysteria.

“ Abah...bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil...Ita janji tak buat lagi...Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati, namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia yang dapat menahannya.

Apa yang anda dapat dari kisah ini?