I only copy and paste this story . no bad intention nor to offend anybody . feel free to read . agak panjang tapi believe me tak rugi punya bila baca . enjoy .
Kisah ini memaparkan
sikap seorang bapa
yang menyesali perbuatannya
terhadap anaknya
setelah mengetahui kesilapannya
Tetapi
Penyesalan itu telah terlambat
Kerana
Suatu hari si anak yang baru berumur 3 tahun terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan .
Dicuba pada kereta baru ayahnya. Ya…. Kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu ibu dan bapanya bermotorsikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari pembantu rumah.
Pulang petang itu..terkejutlah pasangan itu melihat kereta yang baru dibeli setahun dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
“Siapa punya kerja ni?”
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
“Tak tahu..!”
“Duduk di rumah sepanjang hari, kau tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata
“Ita buat ayah…cantik kan?!”
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.
Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekali gus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu hanya mendiamkan diri, mungkin bersetuju dan rasa puas dengan hukuman tersebut.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa. Si bapa cukup rakus memukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya
Selepas itu si bapa masuk ke rumah diikuti si ibu. Pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya masuk ke bilik. Dilihatnya tapak tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak kecil itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokannya kedua-dua tangan anak kecil itu bengkak. Pembantu rumah mengadu.
“Sapukan aje minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak kecil.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
“ Ita demam…” jawab ringkas pembantunya
“Bagi minum penadol itu”. Balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5 siap” kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaanya serius. Setelah seminggu di wad pediatric doctor memanggil ibu dan anak kecil itu.
“Tiada pilihan…” katanya mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana cedera yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dengan seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dengan linangan air mata.
“ Abah…Mama...Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat. Ita sayang abah…sayang mama.” Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang kak Narti...” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekali gus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti hysteria.
“ Abah...bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil...Ita janji tak buat lagi...Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati, namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia yang dapat menahannya.
Apa yang anda dapat dari kisah ini?
sobs...
ReplyDeletesedihnye..
bertakung air mate ni..
ya memang sedih ...
ReplyDeletethanks sebab baca ...
renung2kan lah ...
xoxo ...
sedih...
ReplyDelete