Ya Allah
aku bersyukur kerana
Engkau masih memberi kesempatan
untuk aku bernafas
agar aku dapat menyambut ketibaan
ramadhan al mubarak
Allahuakbar
tahun ini merupakan tahun pertama
aku menyambut ramadhan
tanpa ayahanda dan bonda tercinta
tahun pertama berada berjauhan
mereka di selatan dan aku di utara
sayu hati ini
kalau dulu ayah yang beli
kurma terbaik untukku
kerana ayah tahu aku sangat sukakan kurma
berhabis duit membeli yang mahal
demi anaknya yang seorang ini
kini
aku sendirian bergagah ke sana sini
mencari kurma
dah beli, dapat tak sedap pulak
tak putus asa
beli lagi
yang sedap, tapi mahal
tak apa lah
setahun sekali
tadi ayah call
dia cakap baik-baik sayang
sungguh tak tertahan air mataku
ayah, zura rindu sangat kat ayah
tunggu kepulangan anakmu ya
mama nanti kita beli baju raya ok
mama jangan sedih
zura sayang mama
kepada semua saudara islam ku
selamat menjalani ibadah puasa
semoga kita semua
dapat keberkatannya
ahlan wa sahlan ya ramadhan
wasalam
No comments:
Post a Comment