SIAR RAYA

Friday, July 27, 2012

KESEDIHAN

Image courtesy of Google

Assalamualaikum

Setelah 5 hari tak online, banyak sangat benda dah jadi. Sebab tak dapat nak meluahkan perasaan kat twitter, blog jadi sasaran. Fb dah tak best. Ok sebenarnya ada 2 faktor kesedihan. Yang pertama, sebab tak dapat cek lagi result exam. 

Tak faham kenapa setiap kali nak cek result masalah yang sama berlaku. Server down lah, itu ini lah. Tapi harap2 lah semua baik2 je. Rasa tak sedap hati dan sedih membuak2 lagi dengan faktor kedua. Encik hubby saya, Abg Khun aka Nichkhun 2PM dilanda masalah. 

Kepada Kpoppers terutama Hottests, saya yakin mereka tahu, faham dan rasa apa yang saya rasa. Saya tak tahu sama ada kesedihan saya ni patut atau tak. Saya rasa saya kecewa dengan diri saya sebab saya tak dapat support dia, pada masa yang diperlukan.

Saya tahu, itu sebahagian kecil dari minat dan tak patut dibesar2kan. Saya terima dan anggap semua ni dugaan. Saya bukan hanya perlu menahan lapar dan dahaga, tapi saya harus menahan diri dari nafsu. Nafsu marah, nafsu tak sabar, nafsu sedih dan sebagainya.

P/s: Kepada yang tak kenal 2PM Nichkhun, tgk lah gambar header saya tu. Boleh google untuk tahu lebih2. And masalah yang jadi kat dia tu, saya tak nak tulis lebih2, boleh baca kat sini.

Friday, July 20, 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Photo Courtesy of Google

Assalamualaikum

Secara officialnya, saya nak ucapkan Selamat Datang Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah. Saya sangat bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan suci ini. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah.

Bulan yang mulia lagi mubarak ini, marilah kita sama2 berusaha mempertingkatkan lagi amal dan ibadah kita bukan hanya dengan berpuasa siang hari sahaja, malah marilah kita turut berkongsi sedikit rezeki yang kita ada bersama fakir miskin dan golongan yang memerlukan, InsyaAllah.

Malam ini malam pertama untuk kita bertarawih. Selamat bertarawih Muslimin Muslimat sekalian. Semoga mendapat nikmat yang lebih baik sepanjang bulan ini. Marilah kita sama2 mengejar Malam Lailatul Qadar, malam yang sesungguhnya lebih mulia dari seribu malam tersebut, InsyaAllah.

Friday, July 13, 2012

MATI ITU PASTI

Image courtesy by Google


Assalamualaikum

Saya tak mahu tulis cerita tak best ni pada mulanya. Hmm tapi rasa nak berkongsi tu membuak2 pula. Dari mana nak mula ya? Ok mati itu pasti. Semua orang pun tahu. Sejak akhir2 ini bermula dari malam Nisfu Syaaban hari tu, saya mula didatangi mimpi mati. Pada malam Nisfu Syaaban itu, saya bermimpi saya dipaksa menempuh kematian dengan sengaja mengundang kemalangan.

Saya dan seorang sahabat dipaksa menaiki sebuah kereta yang dengan sengaja dipandu ke jurang. Saya sangat takut dan terus-terusan bertanya "Ada tak kemungkinan saya boleh hidup? Ada tak orang sebelum2 ni yang selamat?" Soalan berjawab, tapi saya kecewa. Jadi, saya berpesan kepada sahabat saya, kalau lah dia selamat, tolong bantu saya untuk selamat juga. Dan saya juga berjanji sebaliknya.

Kereta pun dipandu laju ke jurang. Saya berusaha untuk cuba hidup. Saya tak henti2 berdoa semoga saya selamat. !@#$%^&*! Saya buka mata dan saya selamat! Saya segera membantu sahabat saya tadi. Sayangnya dia tak dapat diselamatkan. Saya keluar dan saya berjalan tanpa arah tuju. Saya sangat terkejut kerana terserempak dengan ramai orang dan sahabat lain yang saya kenali sepanjang perjalanan saya.

Perjalanan saya tadi terhenti apabila saya terjumpa sahabat saya yang telah mati tadi! Saya bersyukur dia juga selamat. Dia berkata kepada saya "Bukan aku yang selamat, kau yang dah mati! Kita berdua dah mati! Kita semua di sini dah mati!" Saya kebingungan dan mula faham selepas berjumpa dengan seorang sahabat saya yang telah meninggal juga.

Dalam keadaan saya yang tidak dapat digambarkan, saya terjaga dari lena. Mimpi tersebut membuat saya berpeluh walaupun bilik berhawa dingin. Malam2 seterusnya saya turut didatangi mimpi mati berselang seli. Mimpi berbeza tapi sama tentang mati. Saya tak tahu apa petanda kepada mimpi2 mati tersebut. Saya hanya berdoa semoga tiada yang buruk belaku.

Ya, mati itu pasti. Saya sangat tidak bersedia untuk mati sekarang. Saya masih hamba Allah yang belum layak pergi menghadapNya. Saya masih hamba yang jahil dan belum cukup amal dan ibadah. Saya masih bertatih berusaha mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Namun, ketentuan ilahi, siapa yang boleh menduga bukan? Al-Fatihah untuk semua muslimin muslimat yang telah pergi bertemu Sang Pencipta ...

I AM A BLOGGER. YES?

Assalamualaikum

Hari ini. Setelah 287 hari. Saya telah membuat keputusan untuk menulis semula untuk blog saya ini. Jangan lah ditanya kenapa. 287 hari bukan masa yang singkat. Dah hampir setahun lamanya. Saya pasti ramai pembaca blog ni dulu, sudah lupa akan kewujudan blog ini. Namun, saya masih menghargai dan bersyukur juga masih ada yang sudi menanti untuk saya kembali menulis.

Untuk makluman semua, sekarang saya sedang bercuti semester selama lebih kurang 2 bulan. Jadi 2 bulan ini insyaAllah boleh membantu saya melatih diri untuk berjinak2 kembali dengan blogging. Kenapa title post blog ini begitu? Saya pun kurang pasti. Pokoknya, saya nak mulakan lembaran baru untuk blog yang tak seberapa ni. Saya yang tak tahu nak mula dari mana, telah menghabiskan lebih kurang 4jam membuat header baru.


4jam?! Header busuk macam tu pun ambil masa lama?! Well, yeah. Saya ni bukan arif bab editing dan kurang kretiviti. Jadi masa yang diambil lebih lama walaupun hasilnya tidak seberapa. Tak mengapa lah. Effort itu penting dan diambil kira juga, bukan? So, ini permulaan yang baru untuk saya di blog ini. Semoga Allah permudahkan usaha dan bantu saya. Amin.

p/s: skema kan? Hmm baru2 memang macam ni kot ;D