SIAR RAYA

Friday, July 13, 2012

MATI ITU PASTI

Image courtesy by Google


Assalamualaikum

Saya tak mahu tulis cerita tak best ni pada mulanya. Hmm tapi rasa nak berkongsi tu membuak2 pula. Dari mana nak mula ya? Ok mati itu pasti. Semua orang pun tahu. Sejak akhir2 ini bermula dari malam Nisfu Syaaban hari tu, saya mula didatangi mimpi mati. Pada malam Nisfu Syaaban itu, saya bermimpi saya dipaksa menempuh kematian dengan sengaja mengundang kemalangan.

Saya dan seorang sahabat dipaksa menaiki sebuah kereta yang dengan sengaja dipandu ke jurang. Saya sangat takut dan terus-terusan bertanya "Ada tak kemungkinan saya boleh hidup? Ada tak orang sebelum2 ni yang selamat?" Soalan berjawab, tapi saya kecewa. Jadi, saya berpesan kepada sahabat saya, kalau lah dia selamat, tolong bantu saya untuk selamat juga. Dan saya juga berjanji sebaliknya.

Kereta pun dipandu laju ke jurang. Saya berusaha untuk cuba hidup. Saya tak henti2 berdoa semoga saya selamat. !@#$%^&*! Saya buka mata dan saya selamat! Saya segera membantu sahabat saya tadi. Sayangnya dia tak dapat diselamatkan. Saya keluar dan saya berjalan tanpa arah tuju. Saya sangat terkejut kerana terserempak dengan ramai orang dan sahabat lain yang saya kenali sepanjang perjalanan saya.

Perjalanan saya tadi terhenti apabila saya terjumpa sahabat saya yang telah mati tadi! Saya bersyukur dia juga selamat. Dia berkata kepada saya "Bukan aku yang selamat, kau yang dah mati! Kita berdua dah mati! Kita semua di sini dah mati!" Saya kebingungan dan mula faham selepas berjumpa dengan seorang sahabat saya yang telah meninggal juga.

Dalam keadaan saya yang tidak dapat digambarkan, saya terjaga dari lena. Mimpi tersebut membuat saya berpeluh walaupun bilik berhawa dingin. Malam2 seterusnya saya turut didatangi mimpi mati berselang seli. Mimpi berbeza tapi sama tentang mati. Saya tak tahu apa petanda kepada mimpi2 mati tersebut. Saya hanya berdoa semoga tiada yang buruk belaku.

Ya, mati itu pasti. Saya sangat tidak bersedia untuk mati sekarang. Saya masih hamba Allah yang belum layak pergi menghadapNya. Saya masih hamba yang jahil dan belum cukup amal dan ibadah. Saya masih bertatih berusaha mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Namun, ketentuan ilahi, siapa yang boleh menduga bukan? Al-Fatihah untuk semua muslimin muslimat yang telah pergi bertemu Sang Pencipta ...

No comments:

Post a Comment