Assalamualaikum
Hamboi tajuk kemain. Sebenarnya SAYA TAK LAYAK PERGI HAJI LAGI. Tak layak untuk pergi sekarang. So post ni saya nak cerita dan kongsi tentang pendaftaran haji yang saya buat tadi. Wajib lah korang ambik masa sikit baca sampai habis ya.
Hari ni, pada jam 11.35am, saya telah ke Tabung Haji untuk membuka akaun dan membuat pendaftaran haji. Cuba korang tengok bila tahun peruntukan saya tu. 2051. Ya, 2051. Ya, 30 tahun dari sekarang. Itu adalah tahun jangkaan saya akan pergi menunaikan haji.
Kenapa? Tak percaya? Bermula tahun ini, tahun 2012, Tabung Haji telah menyatakan yang mendaftar dahulu, didahulukan. Jadi, 30 tahun itu jangkamasa pendaftar beratur menunggu giliran. Cuba bayangkan, saya, berusia 51 tahun nanti baru dapat menunaikan Rukun Islam kelima. Huhuhu
Cuba korang bayangkan, lagi 30 tahun tu, masih kuatkah kita, masih sihatkah kita, masih hidupkah kita? Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita sama-sama buat pendaftaran haji. Sangat sangat mudah. Pergi ke Tabung Haji dan buka akaun. Deposit akaun mestilah minimum RM1,300 untuk layak mendaftar.
RM1,300 tu Tabung Haji akan bekukan untuk tujuan pendaftaran haji tu. So bila duit korang dah cukup satu hari nanti, korang tinggal tunggu untuk nama korang dipanggil untuk menunaikan haji. Sekarang ni, Tabung Haji mengutamakan pendaftar2 yang berusia 70 tahun ke atas.
Saya hanya berkongsi sekadar apa yang saya tahu. Korang tak faham atau ada pertanyaan, bolehlah pergi ke Tabung Haji. Boleh juga lawati laman web Tabung Haji. Semua ada kat sana. Maklumat tentang pendaftaran haji boleh baca kat sini.
P/s: Saya bukan jurucakap Tabung Haji. Hehehe
No comments:
Post a Comment