SIAR RAYA

Tuesday, January 25, 2011

FESCOOP SISWA UUM


Assalamualaikum
entry kali ini nak cerita sikit je pasal aktiviti yang dianjurkan pihak universiti . walaupun duit PTPTN tak masuk lagi , walaupun panas terik , walaupun ada sekejap hujan lalu , walaupun ini dan walaupun itu , aku dan sahabat tercinta tetap pergi ke sana .  untuk pengetahuan semua atau mungkin dah sedia maklum pun , selalunya pesta sebegini sangat lah menarik .




bila dengar ekspo atau bazar , sure lah otak kita interpret dan terbayang barang barang yang pelbagai dan dijual dengan harga murah . murah ke ? ahaha . pada pemerhatian aku lah tadi , ada jugak barang yang boleh dikatakan mahal . walau apapun , aku memang berniat nak beli sepasang sandal je sebab sandal aku dah inalillah . walau bagaimanapun , aku terbeli benda lain sekali . cis !




yang gadis molek dan segak ni kawan aku . nama dia faheen . johor mari . wewiit ! dia jadi promoter .pink mak ngah . i loike !!!




korang cuba teka apa ni ? haaa . ini kan cupcake kan cantik kan ? kat salah satu kiosk kat situ jual cupcakes . ada lucky draw . hadiahnya barbie yang atas ni . superb kan ?
  




 



yang ini kiosk dari UNIVERSITI MALAYSIA SABAH . mereka ni antara yang sangat friendly dan menarik . diorang jual cenderahati yang khas dibawa dari sabah . aku dan kawan kawan tersuka dengan keychain yang dijual kat situ . diorang bagi discount yang menarik kat aku . oleh sebab itu , aku nak promote kiosk diorang . haaa . kawan kawan UUM sekalian , boleh lah singgah ke sana ya .





wakil dari UM pulak ada lintah untuk sedut darah kotor . bagi sembuhkan penyakit . geli sampai melompat aku ngan kawan kawan tadi .






dah habis satu ekspo kteorang pusing , dah letih and mandi peluh , sempat jugak berphotoshoot . ahaha . ok , itu saja . see ya !!!





No comments:

Post a Comment