Assalamualaikum
entri kali ini nak menceritakan tentang seorang aku dan seorang feeda bersama beberapa orang anak yatim dalam satu majlis makan malam amal yang dianjurkan oleh MPP UUM . tengok gambar kat atas tuh ? mesti korang rasa teruja tengok kecantikan dua wanita tersebut kan ? walaupun yang berbaju putih itu cantik sikit . namun yang baju turqoise itu cantik banyak . kahkahkah !!! macam rasa kena sambar petir tak ?
di sini aku nak sangat lah katakan bahawa sememangnya aku nak akui yang akak FEEDA ni teramat sangat lah gorgeous pada malam itu . hah amek kau sebakul tinggi nya pujian aku kan . walaupun aku pun sama sama perempuan , aku terpesona dan teruja sekejap bila tengok dia depan mata . perghhh ayu betul dia . sambil dok senap senap picture dia , sambil tuh jugak aku dok meneliti kecantikan gadis pantene ni .
memang untung lah siapa yang bakal buat dia jadi bini nanti . ok cukup lah bercerita tentang hal keduniaan yang sesungguhnya tidak kekal itu . aku nak bukak cerita pasal anak anak yatim yang diraikan pada malam tu . sebab kteorang sampai agak lewat , terpaksa duduk entah dengan siapa siapa . meja yang diduduki pun tiada anak yatim . padahal aku excited nak ngorat diorang . cis !
dalam masa majlis berlangsung , aku dok perhati budak budak kat sekeliling aku . comel comel belaka . aku panggil nak amek gambar , diorang malu malu pulak . aku betul betul perhati sampai aku rasa sebak . aku terfikir macam mana hidup diorang tanpa kasih sayang ayah dan ibu . kecik kecik lagi diorang dah rasa ketidaksempurnaan . apa lah agaknya diorang rasa bila berada dalam majlis macam ni ?
masa feeda menyanyi lagu dia , epilog cinta . air mata aku bertakung . aku cover tak nak bagi tumpah . aku tak nak ada antara adik adik aku kat situ nampak . aku berandaian nanti diorang akan rasa sedih jugak . aku sepatutnya pimpin diorang . kalau aku lemah , cengeng , macam mana aku nak gembirakan diorang . bila tengok diorang senyum dan bergelak ketawa , aku dapat tumpang sekaki .
aku memang tak rasa dan tak tahu apa yang adik adik tuh lalui . tapi sebagai insan nya punya hati nurani , aku nak diorang tahu yang diorang tak bersendirian . masa depan yang diorang akan tempuh akan lebih hebat dan penuh cabaran . mereka tak perlu rasa tersisih atau anggap diri mereka lain . aku betul betul harap majlis sebegini selalu dianjurkan . dah tentu anak anak yatim tuh gembira .
tengoklah muka muka diorang . comel comel kan ? aku rasa tak puas nak bergurau senda dengan diorang . kepada adik adik , akak ni bukan siapa siapa pun . insan biasa je . walaupun kita tak kenal , akak tetap sayang kan korang . korang semua sangat special . akak tak ada apa apa nak diberi . tapi insyaAllah akak akan sentiasa doakan kalian . berbaktilah pada agama , bangsa dan negara ya dik .
feeda tueeee....
ReplyDelete