SIAR RAYA

Saturday, February 26, 2011

AKU JUMPA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA !!!







Assalamualaikum


aku nak berbangga sebab dapat bertemu dengan Timbalan Perdan Menteri Malaysia , Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin . macam mana ? beliau datang kat universiti aku kelmarin . sempena Majlis Pengasasan Universiti Utara Malaysia . aku mewakili dpp ke sana . sangat ramai mahasiswa yang turut memeriahkan majlis dan menyambut kedatang beliau .

aku sangat teruja sebab aku nak bertemu dengan orang kedua terbesar di Malaysia selepas PM kita . walaupun idola aku Tun Dr Mahathir , tapi aku tetap menghormati pemimpin negara yang satu ini . memang betul lah kata brader BEN ASHAARI dalam satu entry dia masa tu tentang berjumpa dengan menteri . fuh aura dia memang tak terungkap dengan kata kata . aku rasa sangat kagum dan gembira .

aku berusaha nak terjah dia semata mata nak dapatkan snapshot yang close up . memang meremang bulu tengkuk . aku menggeletar pegang camera . sampai kena tolak dengan bodyguard beliau pun aku tak peduli . aku nak show off lah kononnya . haaa kau hado ke ? teehee !!!! ok aku cuma nak katakan kat sini yang aku berbangga menjadi rakyat Malaysia . so , terima kasih sudi baca . much love !!!

Friday, February 25, 2011

DPP SME BANK UUM BEST BLOGGER BELONG'S TO ME ???

 

 Assalamualaikum


bersyukur kepada Allah swt sebab memberi rezeki untuk aku menang award yang sungguh tak terhingga ini . aku sampai detik ini pun masih tak percaya yang aku lah sang juara . secara jujurnya aku hanya masuk pertandingan ini secara suka suka dan tidak terfikir langsung akan kemenangan . aku secara peribadi masih tidak yakin akan prestasi dan kebolehan aku . aku akui besar tanggungjawab yang bakal aku galas selepas ini . 

aku dah tak boleh main main dan ambil ringan tugas yang telah diamanahkan kepada aku . tetapi aku hanya lah insan yang masih bertatih cuba melangkah untuk mengenal dunia dan kehidupan . terima kasih yang tidak terhingga atas anugerah ini . aku berazam akan berusaha semaksima mungkin untuk memberikan yang terbaik . InsyaAllah . aku berharap mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari semua .


 penyampaian hadiah
nota hidung : muka terkejut si berok pink


 
Ketua Esco , Pengarah Projek , Penasihat
nota hidung : kak Amal diapit oleh ZULFADLI dan ZULFADLI !!!


 bersama President DPP SME Bank 
nota hidung : kami chumel !!!


so , untuk ke DPP SME BANK BLOG boleh klik sini .  thanks sudi baca !!! much love !!!

Tuesday, February 22, 2011

CONTEST SAYA DAN GADGET



Assalamualaikum


maaf entry ralat . entry contest lagi . hohoho !!! merry christmas !!! eh apa lah merepek . maaf itu sekadar selingan . semenarnya aku nak join contest lagi . tengok tajuk pun dah tahu kan ? contest anjuran cik FARA ini . gadget aku biasa je . semenarnya gadget aku memang dah tersedia tertepek sebagai banner header blog aku kat atas ni . tapi aku nak jugak cuba nasib merebut RM50 tuh . bukan senang , tayang gambar je dapat fulus . weeee !!!






ok , gadget aku ni biasa je . pentax k-r dslr . usia gadget ini baru nak masuk 2 bulan sejak 2010 , december 26th . aku happy gila bersama dengan gadget aku ni . sebab aku dapat special edition , colour febret aku , PINK !!! so , to all pink lovers , jangan jeles ya . teehee !!! aku bagi nama DARA . tapi satu benda yang paling ketara bila aku bawak si dara ni , semua orang akan pandang semacam . paling best bila ada orang tanya "ni camera mainan ke ?" . ok itu saja . terima kasih sayang sayang yang baca . much love !!!

nak tag yaya yang suka sangat dengan embun . err dara kata nanti nak ngorat yaya . hihihi !!!

JOM JOIN CABUTAN BERTUAH RAFLESSIA COLLECTION NAK ??



Assalamualaikum


aku ni sekarang busy memanjang . nak update pun tak tahu apa nak taip . aku bw pun dah kurang . ggrrr ! tadi baru je satu paper mid term exam habis . assignment lagi bertimbun . tapi walau apa pun aku masih di sini . tak ada modal nak cerita aku mesti join contest , give away dan sewaktu dengannya . ok kali ini aku nak join cabutan bertuah yang dianjurkan oleh RAFLESSIA COLLECTION ini .

secara jujurnya aku baru tahu tentang kewujudan Raflessia Collection ini sebentar tadi . aku pun dah merayap usha page dan blog beliau . kemain ayu dan cantik collection yang ada . aku suka . so , aku nak try lah tambah collection shawls dan tudung dari Rafflesia Collection ni nanti . kalau bertuah boleh dapat free dengan menang cabutan bertuah ni , tak ke lagi seronok tuh ?

oh tak lupa jugak , nak ucapkan selamat ulangtahun yang pertama buat Raflessia Collection . semoga terus maju dan menjana lebih keuntungan ya . boleh bagi hadiah banyak sikit nanti . hehehe !!! kepada yang dah baca entry ini , terima kasih daun keladi . kalau nak join sekali pun boleh . kalau nak usha page Raflessia Collection tengok di sini . take care people . much love !!!

Monday, February 21, 2011

OUH FACEBLOG




Assalamualaikum
 
comelkan logo atas tuh . its FACEBLOG !!! dia kahwin facebook dengan blogger . so dapat anak faceblog . aku baru je join . memang sangat creative page ini . dah lah pink colour semua . ouh my louis vuitton !!! ok people , let's rawkin' the faceblog !!! it's easy and simple as ABC and 123 yaw !!! ok aku ekssaited sesangat ni . tehee !!! korang boleh lah usha link tuh . klik kat logo pun boleh . oh , thanks a bunch for reading this . much love !!!

SHOW ME YOUR POSE CONTEST


Assalamualaikum


untuk menulis entry ini , aku telah lebih kurang 13 kali cancel untuk tekan publish post . kesudahannya ke draft aje . tapi aku bagai tak senang duduk di buatnya . ini bukan benda main main untuk aku . walaupun sebenarnya sekadar suka suka . aku dengan kata lain telah terminat dengan contest yang memang bukan calang calang lah penganjurnya . boleh tengok sendiri beliau di sini

becakap tentang cik penganjur ni dan blog beliau , aku nak kata lah bahawa blog dia memang aku bagi 4 thumbs up ah , termasuk ibu jari kaki . aku memang first time singgah blog cik Izma ni selepas brader BA buat entry tentang contest ini . apart from that , aku ada chemistry dengan cik Izma ni , eceh bajet friendly betul aku . haa bukan apa , aku ni suka bergambar , sama lah macam beliau .

tapi cik Izma ni model , aku bukan . aku semut merah je . nyahaha !!! sebab aku bukan model lah aku nak join contest ini . walaupun aku tahun posibility untuk menang agak impossible , tapi aku seronok and kepoh jugak nak join . saja suka suka malukan diri sendiri . hobby aku tuh . buruk perangai betul budak banyak hingus ni . hape kau ingat kau tuh cantik macam kak Hanis Zalikha , kak Irine Nadia , kak Fatin Liyana or kak IZMA ke ?

eeiii !!! dah cukup lah aku merepek . ok , WHY I WANT TO BE A MODEL ? BECAUSE i love to pose perasanly like one . i love posing and taking pictures . i know i'm kind of big size and there's no big size model . like what ??? it's true that no big size model out there . so , i feel like being one . representing the uniqueness upon all . lah , dah beribun kan model cekeding , lawa lawa , kaki panjang and so on . so , how about make a little bit move to changes ? hey , orang gemuk pun boleh jadi cantik . ciptaan Allah jugak ok .

it's highlighted BEST POSE . so , here i go ...





ok , cik Izma mesti gelakkan aku yang rasa macam nak kena lempang ni . wuwuwu . aku teringat kat entry LUAHAN HATI aku pasal alkisah model ini . kalau aku terpilih , boleh lah realisasikan impian cik anon yang nak tengok aku jadi model bebenor tuh . ooopsss !!! terima kasih sebab sudi baca .

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Assalamualaikum

baru je siapkan assignment yang agak menguji kesabaran . tapi masih ada lagi yang menanti . walau bagaimana pun , nak jugak menyempatkan diri join segmen brader BEN ASHAARI ini . ok saya seorang blogger yang aktif pada masa dan tempat yang sesuai . insyaAllah . mari lah kita sama sama mengaktifkan diri dan kasi gegar dunia blog . much love people ! thanks a bunch sudi baca .

Saturday, February 19, 2011

CONTEST MIMIK MUKA PALING KELAKAR

gelak itu seronok



Assalamualaikum

tengah asyik blog walking tadi , aku terjumpa alkisah contest anjuran seorang brader ini . aku rasa macam dah lama tak join contest , so aku pun nak cuba nasib lagi . contest ini macam best je . ok more details tentang contest ini , korang boleh lah jengah ke blog beliau . hadiah nya pun agak menarik . brader ni blog dia pun best . aku singgah tadi bila dia invite , kiut miut macam aku lah dia .  bhahahaha !!! ok firstly , boleh baca ini ...

Syarat-syarat : 
1. Mestilah pengikut blok JOM GELAK.
(law blum follow tu,paham2  la) 
2. Buat satu entry sal contest nie. Dalam entry tu msty ada info/syarat pertandingan.
(entry pnjang2 pun xgna law gmbr x klakar..) 
3. Copy code diatas dan letakkan dalam entry yg korng buat tu dan diside bar anda. 
4. Gambar tu xkisah nk individu or berkumpulan tp gmbr anda msty ada.
(law gmbr ramai2,pastikan kelakar semua,law sorg xklakar automatik out) 
5. Yang paling penting hanya sekeping gambar sahaja dibenarkan.
(klau letak lebih dri sekeping,penyertaan akan dibatalkan)
kenapa : sebab nk bg adil and senang juri menilai. 
6.  Sila tinggalkan url/link entry korng tu pada ruangan komen kat bawah. <--- di blog beliau
(law msuk tp xde url/link entry korng kt ruangan komen dibawah, bermksud anda tidak menyertai)


gambar yang aku pertaruhkan ialah gambar memalukan ini ...



oh yeah thanks sudi gelakkan . nyampah !!! 

 
mahu tag mereka ini brader ben ashaari , esmaliza ezrik dan yaya yang suka embun tuh . teehee terima kasih sudi baca . much love !!!

ACCOUNTANTS KEDEKUT

pic courtesy by google


Assalamualaikum


wuwuwu !!! dapat rasa quality penulisan aku semakin teruk la ni . aku rasa sangat sedih dan kesal dengan sikap aku . kepada dearest followers , aku nak mintak maaf sesangat sebab hampakan korang . aku update pun ciput and benda yang tak nafsu pun nak dibaca kan ? aku betul betul busy dengan tugas yang tak ada hujungnya . aku nak mengeluh tapi itu tak sepatutnya sebab itu semua adalah tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswi .

masa dapat result semester lepas , aku agak kecewa dengan pencapaian aku . masa tuh dok pasanglah azam dan kemain bersungguh sungguh nak perbaiki dan tingkatkan usaha . tapi sampai kesudah aku rasa tak gerak pun . eiii menci lah macam ni . ok aku cuba lah update entry baru ini . ok . tengok tajuk , uiihhh para accountants jangan salah faham . well , itu sekadar tajuk je . sebanarnya nak kongsi pendapat lecturer accounting aku tentang istilah kedekut itu .

mari kita renungkan . kata beliau , kebanyakkan orang kat luar sana selalu mengandaikan bahawa accountants ialah manusia yang kedekut . sebab kerja accountants ni membuat akaun , penyata , kira-kira dan sebagainya , itu membuatkan mereka terbawa bawa sikap kedekut aka berkira sampai di luar jam bekerja . setepat mana andaian itu aku sendiri tak pasti . tambah beliau lagi , sebanarnya accountants ni bukan kedekut , tapi mereka CALCULATIVE . eleh , sama lah tuh . eh , tak sama lah .

well , kenapa aku kata tak sama ? sebab aku pun bakal accountant ! hahaha !!! eh , tapi betul lah . calculative ni bagus sebenarnya . dengan macam tuh , ia akan membantu mengawal perbelanjaan dan keluar masuk duit kita . kita akan lebih awas dan berhemah . jimat , bukan kedekut . accountants ni akan berfikir masak masak bila dan di mana harus duit dia digunakan . untung dan rugi pun akan diambil kira . kalau bukan accountants pun , korang sepatutnya buat benda yang sama .

ini demi kepentingan korang jugak . walaupun aku ni masih bertatih dan mentah lagi tentang acconting , tapi more or less aku ada lah jugak gambaran tantang accounting dan dunia di sekelilingnya . so , kepada yang bersangkutan , boleh lah pertimbangkan perspektif korang tentang alkisah kedekut tadi . kaji baik baik . aku ni bukan lah bagus sangat , tapi hanya sekadar berkongsi sedikit input yang aku dapat . renung-renungkan lah . and terima kasih sudi baca . much love !!! 

Thursday, February 17, 2011

BERTANGGUNGJAWAB LAH



Assalamualaikum

Masih ada banyak tugas lagi sebenarnya tak selesai lagi . minggu yang sangat sibuk . tak menang tangan dibuatnya . tapi nak kongsi  sikit tentang pengalaman baru aku . pada hari selasa aku dan rakan rakan yang lain keluar beli barang barang keperluan kteorang . sebelum balik , kami dinner di pizza hut . kami berempat order lah 2 regular pizza .

ok first thing first , nak beritahu entri ini bukan satu penghinaan atau mencemar nama baik ya . bukan itu niat aku . next , aku nak beritahu , a slice of pizza yang dalam gambar itu ada RAMBUT . aku pun apa lagi , panggil lah crew kat situ dah inform pasal pizza rambut tu then dia ambil balik . dia datang semula kat aku dan kata akan ganti dengan yang baru .

aku pun kata ok lah . sebab itu kira kesilapan pihak diorang kan . lepas tuh , masa nak balik crew dia cakap manager kata sorry sangat . nak jadi cerita , aku baru perasan yang dia ganti pizza tu one whole regular size jugak . padahal pizza yang ada rambut tu 1 slice je . so , kira kteorang bayar 3 whole untuk harga 2 whole je . jeng jeng jeng , bagus betul .

ok moralnya , tindakan mengganti pizza itu dan manager mintak maaf itu patut sebagai tanda maaf dan bersifat tanggungjawab . bertanggungjawablah jika itu sememangnya kesilapan yang kita lakukan . kata MAAF itu memang wajib ya . dan kita sebagai pelanggan harus faham dan hargai kata maaf itu . setiap manusia melakukan kesilapan . jadi bertimbang rasa .

thanks to pizza hut , tesco mergong . dan terima kasih kat kalian yang sudi baca . much love !!!

FORCE TO LEAVE

courtesy by google


Assalamualaikum

banyak sangat entri baru nak update tapi masa tak memungkinkan . so , kepada followers tercinta , aku terpaksa bercuti seketika . take note , SEKETIKA sehingga segala urusan iaitu , quiz , dpp blog contest , assignment , upcoming mid-term exam dan sebagainya . sila lah jangan unfollow blog ini . aku janji lepas semua settle aku update ini blog segera . sayang korang ketat ketat . sekian ^^

Monday, February 14, 2011

OUH MY VALENTINE

 courtesy by google

Assalamualaikum

jam dah pun melebihi jam 12 . so , automatically dah beranjak ke tarikh keramat yang dinantikan oleh ramai muda mudi iaitu 14 Februari , Valentine's Day (VD) . apa itu valentine's day ? ah tipu lah kalau tak tahu . kalian boleh lah rujuk ke sini untuk mengetahui tentang VD . kalau search kat google pun sure belambak lambak info korang boleh jumpa .

aku tak boleh kata terpulang kepada korang nak nilai ke apa , tapi secara tegasnya aku nak sebarkan bahawa adalah HARAM hukumnya dalam Islam bagi meraikan atau menyambut atau apa saja lah , jika ia berkaitan dengan VD . dah tahu ? tahu tak apa . tapi masih ramai juga yang pura pura tak tahu . almaklumlah dah terbiasa mengikut budaya barat .

eleh , chill lah . kata 1 Malaysia . tak akan tak boleh ? ya ! MEMANG TAK BOLEH ! kau tolong lah faham maksud HARAM . berdosa besar kalau kau buat . ada faham ? aku ni memang lah bukan ustazah ke apa . tapi aku berhak menegah mana yang aku boleh . yang kau tu excited bebenor pe kejadahnya ? konon hari kekasih , dah tuh hari lain tak kasih lah ?

kalau nak meraikan kasih sayang , cinta dan cinton korang kan , ada 365 hari 24 jam boleh raikan . yang meroyan dok specific jugak kat tarikh VD tu apesal ? tapi kalau anniversary jatuh hari tuh lain cerita lah kan . so , aku rasa dah berbuih kot mulut orang yang berkempen tentang VD ni kan . so , silalah dengar dan ikut kan . alah tak ke mana lah cekelat , bunga segala bagai tuh .

maka dengan ini , kepada cik awek sekalian , kalau cik boyfie sibuk bagi hadiah , wish ke apa , marah dia , explain kat dia , bagitahu dia sambut atau wish sekalipun adalah HARAM . reti ? haa , kepada cik boyfie pulak toksah dok gelenyar ajak cik awek celebrate ok . sama sama lah korang mengingatkan ya . ini pun peringatan untuk aku jugak . so , thanks sudi baca .

Saturday, February 12, 2011

DASAR BIADAB



Assalamualaikum

maaflah kalau tajuk kedengaran kasar . aku pun sebenarnya tak sudi pun nak buat entri ini . tak pasal pasal aku telah mencemarkan kesucian blog aku yang bagai kanak kanak ribena ni . aku bajet macam malas sebenarnya nak cerita tapi aku rasa aku patut kongsi . sentap ke tak , itu sendiri mau ingat lah bro . aku pun sentap gila time itu olang buat pasal sama gua . cis !

ok , seperti gambar yang sedia melekat kat sidebar aku . gambar bonda tercinta itu . apa kaitannya ? ada lah sekali tuh aku keluar dengan mama dan bibik aku. pastu time aku nak balik tuh , cuaca agak terik , aku tak sampai hati nak suruh bibik tolak kerusi roda mama kat parking sebab agak jauh aku park kereta masa tu . then biar aku je lah pi amek kereta kan .

after that , aku stop lah sekejap kereta dekat satu side di mana aku mengambil kira tak akan mengganggu laluan kereta lain . tetapi ada satu kereta kancil bajet tak muat jugak dia nak lalu . padahal aku rasa kalau toyota unser lagi sebijik pun boleh lalu lah bro ! then dia stop lah sampil tunggu mama nak naik kereta . tunggu punya tunggu , ada kereta sebijik lagi datang .

yang powernya kereta kedua ni punyalah baik hati pergi hon bertalu talu . bro , kau agak agak ah kan . ada orang cacat nak naik kereta mesti lah take time . kau ingat mama tuh suka suka buat kau tunggu dia ke ? aku paling tak boleh belah pemandu dia perempuan dan ada anak kecik kat sebelah . eh kat mana letak sikap kemanusiaan dan timbang rasa kau hah ?

tak sepatutnya kau buat perangai depan anak kau . kan contoh tak baik tuh . aku ni marah dan kecewa dengan sikap kau tuh . cuba letak diri kau kat tempat mama . ingat senang ke weh jadi disable people ? ok dah cukup lah aku berbuat dosa dengan menyimpan perasaan marah dalam hati ni . siap sebar kasi kat orang baca . amek lah sebagai pengajaran eh korang .

terima kasih sudi baca . selamat beramal !

Friday, February 11, 2011

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH


Assalamualaikum

sudah bersawang nampaknya blog picisan ini . nyahaha !!! apa itu picisan ??? aku pun tak tahu . pakai letak aje sebab sedap bunyinya . ok sawan contest telah menerjah tanpa dipinta . contest anjuran cik ayurashidah ini . sebagai menambah koleksi contest aku , sila biarkan aku sertai pertandingan ini dengan sopannya .





nama bonda tercinta ZAITON BINTE DAMARI . puteri kedua dari sepuluh beradik . seorang kakak dan anak yang banyak berjasa kepada keluarga . sejak muda mama dah berkorban dengan berhenti sekolah awal dan bekerja untuk menyara adik adiknya . di usia yang agak senja iaitu 38 tahun , lahirlah seorang puteri semata wayang , aku . aku lahir dan dididik sehingga beranjak remaja . ditatang bagai minyak yang penuh . tidak sedikit pun kurang , setiap keperluan hidupku disediakan dengan baik .

mama seorang wanita , isteri dan ibu terbaik . aku bukan berkata ini kerana dia adalah ibuku . tetapi itulah hakikat sebenarnya . sebagai insan yang punyai keluhuran budi , mama banyak membantu tanpa minta dibalas . jasa baiknya ditabur tanpa sempadan . mama sangat dihormati . seorang wanita berniaga yang cukup dikenali . tetapi itu sebelum tragedi 9 tahun lepas sewaktu dia diberi dugaan yang terhebat dari yang Maha Esa . sedikit nikmatnya direnggut tanpa belas .

ya , 9 tahun lalu , mama diserang penyakit stroke atau angin ahmar . separuh tubuhnya lumpuh . 3 bulan dia dirawat di icu , dan bulan bulan seterusnya dirawat di wad biasa . aku ketika itu baru berusia 11 tahun . doktor berkata peluang hidupnya 50:50 . ya aku tak mengerti apa apa . aku tak mampu berbuat apa apa . aku hanya mampu menangis dan terus menangis . setiap usai solat , doa kepadaNya aku pohon tanpa segan silu . aku minta mama disembuhkan seperti sedia kala .

apa dosa mama telah lakukan sepanjang hidupnya sehingga sehebat ini dugaan yang diperoleh ? di mana keadilan bagi seorang insan yang aku rasa cukup sempurna amalannya ? kenapa mama ? kenapa mama yang Engkau pilih menerima ujian ini ? seperuh jiwaku pergi . separuh semangatku pergi . ya Allah ! Engkau telah patahkan sebelah sayapku . bagaimana aku hendak terbang ? ya , aku begitu tidak mengerti kenapa . aku terus bertanya dan terus bertanya kepadaNya .

dan pada akhirnya aku tidak menemui jawapannya . aku banyak membaca dan aku telah menjumpai bermacam macam ayat suci al-Quran dan juga hadis . antaranya , Allah tidak akan menduga umatNya melebihi kemampuannya . Allah memberi ujian kerana Allah inginkan umatnya belajar tentang ikhlas dan sabar . Allah ada sebab kenapa Dia memilih mama . aku akur . aku jalani ujian ini dengan tabah . kalau aku lemah , mama bagaimana ? ayah pula bagaimana ?

9 tahun dah berlalu . mama masih belum sembuh . tapi aku dah boleh biasakan diri dengan keadaan mama . bila mama sakit ni aku baru tahu apa itu susah . apa itu pengorbanan . apa itu kasih ibu . apa itu kasih isteri . bila mama sakit ni Allah bukan uji mama je , tapi Allah uji kami sekeluarga juga . aku . aku belajar urus rumah . aku belajar masak . aku belajar rawat orang sakit . aku macam nurse . aku mandikan dan bersihkan mama . Allah itu maha adil . Allah beri mama seorang zuriat perempuan supaya aku boleh rawat mama .

walaupun bila mama sakit , sedikit sebanyak mempengaruhi hidup aku tetapi aku bersyukur . ini mama sakit . ini hanya ujian kecil dari Allah . ujian yang masih mampu aku jalani . esok lusa kalau mama pergi entah macam mana . aku bukan kejam atau nak jadi anak derhaka yang mendoakan yang tak baik . tetapi aku berdoa , kalau ditakdirkan , biarlah mama pergi dulu sebelum aku . sebab kalau aku pergi dulu , siapa akan rawat mama ? ayah pun dah tua . sekarang aku redha dengan setiap ketentuan Allah .

semua anak sayang ibu masing masing . tapi tak semua anak boleh rawat ibu masing masing dengan baik . percaya lah . bukan senang jadi seorang ibu . hargailah ibu kita selagi dia ada . kasih ibu membawa ke syurga . ibu adalah segala galanya buat kita . sekarang aku tengah menuntut ilmu , aku nak jadi anak yang berjaya dan berbakti . aku nak buat mama bangga . aku cintakan mama . aku kasihkan mama . aku sayangkan mama . mama adalah ratu hati aku . mama adalah jiwa dan raga aku . mama adalah segalanya .

ya Allah , jika kau inginkan segalanya dariku , engkau ambillah . tetapi jangan kau ambil hartaku yang paling bernilai ini iaitu ibuku . ya Allah , jika aku harus menangis seumur hidupku , aku rela . tetapi jangan buat setitis pun air mata ibuku mengalir . ya Allah , jika aku harus hidup susah , aku redha . tetapi engkau permudahkanlah jalan kehidupan bagi ibuku . ya Allah , seandainya aku diizinkan sebentar menjadi burung , akan aku terbang setinggi mungkin untuk memetik satu bintang untuk aku hadiahkan kepada ibuku agar ibuku sentiasa tersenyum . sesungguhnya senyumannya itu adalah nadiku . Amin ...

nak tag yaya , cikien and fala . itu sahaja . terima kasih banyak sudi baca . much love !!!

Thursday, February 10, 2011

SME BEST BLOGGER COMPETITION


Assalamualaikum

this entry gonna be short . i've been tagged in a competition . i'm planning to work on this thing . i think it might be interesting . cuba cuba nasib . doakan kte ya tawan tawan . much love !!!





Tuesday, February 8, 2011

FIRST LOVE AKU HAPPY ENDING LAH

pic courtesy by google


Assalamulaikum

guys . korang jangan lah kata first love aku sad ending sebab si dia pergi . aku share cerita tentang dia semata mata niat kongsi . terima kasih atas doa kalian . kenangan bersama arwah abg Eez sentiasa segar dalam ingatan aku . aku tak akan pernah lupakan dia . aku pasti abg Eez tunggu aku kat syurga sana . dan sekarang dia mesti tengah perhatikan aku dari sana .

apa kata aku cerita lagi tentang dia . sebab hari tuh contest tak leh lah nak cerita banyak kan . aku nak korang tahu abg Eez sentiasa simpan chocolate sneakers kat dalam kereta and pocket seluar dia . dia sangat suka chocolate yang satu tu . aku mula mula pun pelik sebab selalunya lelaki ni tak suka benda benda manis , lagi lagi chocolate . lama lama aku dah biasa , dia punya bestfriend pun sepesen macam tuh .

aku dah rasa macam dating dengan kanak kanak ribena pulak . hmm abg Eez ni satu benda dia pantang ialah menunggu . so kalau nak keluar date dengan dia jangan buat dia menunggu sebab nanti tengok movie cerita shark tale pun boleh rasa macam tengok khurafat . dia akan moody sampai aku rasa macam jalan dengan singa jantan yang lapar . dia akan ok balek selepas 2 jam . unik kan ?

next , dia ni sangat suka baby . kteorang pernah dating kat sepital . kteorang pergi ward bahagian babies . pastu tengok babies kat sana . lepas tu , abg Eez ni kalau masih hidup mesti dia sekarang dah jadi architect .  aku ni pulak sentiasa berangan nak kahwin dengan pilot . abg Eez pun tahu dan dia tak pernah complaint walaupun aku selalu ajak dia pergi airport . airport tuh boleh kira tempat lepak kteorang lah .

apa lagi ? aku dah tak larat nak tulis sebab air mata dah tak boleh berhenti ni . nanti free aku cerita lagi .

CONTEST COMELNYA BERBAJU KURUNG


Assalamualaikum 

jutaan maaf sebab dah lama tak update . update pun setakat alkisah diriku yang tak menarik untuk korang baca pun . maafkan patik ya . hakhakhak !!! ok hari ini aku telah di tag oleh cik hidaya sarbini , untuk satu conteset . thanks cik hidaya , murah rezeki awak tag kte eh . sudah sememangnya aku ni sedia sawan dengan contest kan . nyahaha !!! contest kali ini di anjurkan oleh cik ct khadijah yang cantik manis orangnya .

KENAPA PEREMPUAN PAKAI BAJU KURUNG ITU COMEL ? kerana baju kurung merupakan baju yang comel . jadi sesiapa pakai akan jadi comel . hihihi !!! baju kurung merupakan antara baju yang paling awal wujud kat dunia . baju kurung ni simple sikit daripada baju kebaya . baju kurung senang sikit nak pakai . sekarang baju kurung dah masuk dalam fashion berpakaian ok . dah bermacam macam jenis dan rupa dijual kat merata tempat dari pasar malam dan pasar borong sampai lah ke butik yang mahal dan esklusif .

baju kurung yang paling femes sekarang ni baju kurung cotton dan baju kurung moden . aku ni pun selalu pakai baju kurung pergi kelas sebab itu dikira pakaian formal . tapi aku sedar sebenarnya perempuan berbaju kurung ni lagi manis dan comel dari kau dok pakai skinny jeans ke apa . kalau pergi tanya kat budak lelaki pun , aku leh gerenti lah diorang tuh pun suka tengok perempuan berbaju kurung . nampak sopan lagi . INI PENDAPAT AKU LAH .




ini aku pilih gambar latest aku pakai baju kurung . baju kurung bonda aku time dia muda muda . tema aku ni vintage . comel kan ? aku memang comel . so aku rasa pakai apa pun aku still comel . ngahaha !!! tak boleh blah !!!

nak tag mereka
fadiela supanat

ok thanks sebab dah baca . much love !!!




Monday, February 7, 2011

BA TERLEPAS 8888 , MM TERLEPAS BA !!!


Assalamualaikum

uarghhh !!! sebab sibuk menjadi photographer , attend majlis tunang dengan potong jambul , aku missed ini !!! aku punyalah senyum sampai telinga sebab dia add fb aku , ni dia follow blog aku pulak !!! nyahahaha !!! ayahanda , mari kita buat kenduri sekali lagi . kenduri kesyukuran sebab brader Ben follow blog kte . esok beli metro ke bh ke nst ke , mesti dapat front page !!!

imbas sikit lah , aku honest cerita ni . kena saman tanggung lah sendiri . aku at first tak tahu siapa abg Ben ni . nak lagi honest , aku still tak kenal siapa dia sampai la ni . aku dulu jumpa blog dia aku cakap ek eleh blog dia tak cantik pon , colour cekelat jek , header tak de lah wow meletop pun . tengok ke sidebar pulak , aku nampak gambo dia ada cop . oh dia ni duta kot . tengok followers , opocot ! ramai !

aku jadi curious dah teruskan mengscroll . aku baca entries dia . tekan sekali dua previous entry aku jumpa segmen segmen . apa tu ? aku ni out sikit bab belog ni . masih belajar . pastu aku tersedar , dalam simple simple entries dia , aku macam tak leh stop nak baca . dalam hati aku pun cakap , dia ni power lah . aku suka . then aku pun follow .

follow follow then aku tengok nama dia aje ada dalam reading list kat dashboard . kejap kejap naik . kejap kejap naik . aku cakap mak aih punya lah rajin dia ni . pastu aku cerita and tunjuk kat roomates aku , diorang kata siapa tuh ? aku pun cakap entah . tapi aku suka dia punya blog . so melalui blog dia aku belajar banyak . honest aku cakap , aku kenal dia sebagai blogger . blogger sejati .

sebab dia boleh pengaruh ramai , aku panggil dia otai . aku fikir kalau dia jadi pemimpin pun baik . sebab orang senang follow arahan dia . so , dulu aku ingat FL , INM dan sebagainya tuh hebat sebab mereka cantik , banyak followers , famous , dll , tapi from now on aku follow bloggers yang tulis blog dengan hati je (AM) . terima kasih banyak abg Ben sebab bukak mata hati saya .




Saturday, February 5, 2011

OTAI BLOGGER ADD FB AKU WEH !!!



Assalamualaikum

aku kemain excited . tadi dah touching dengan cerita first love aku yang sad ending . pastu dipulihkan kembali semangat dengan followers yang dah seratus . bukak fb ada sesuatu yang lagi baik punya ! BRADER BEN ASHAARI ADD AKU !!! otai blogger tu . kau hado ?! aku tahu kau pon hado . tapi aku baru hado . nak kabor kau ekau lah ni . amacam ? ada rasa sesak nafas tak ? aku ni sikit lagi nak masuk ER .

abang Ben , maceh sudi add kte . u rawksss lah !!! nyahaha seperti biasa , aku ni selalu bajet member jek . daripada member aku si Ezri tuh lagi best , tak kenal abg Ben katanya . aku ada lah rasa cam nak lempang dia guna kaki . abang Ben sikit punya emsem , baik , tulis blog guna hati , sempoi , simple dan banyak lagi . Ezri Ezri , ekau memang hampeh !!!

peringatan : tak yah bangga followers beribun , placing je buek apo kan ? pinjam lagi ye abang Aizul , tulis blog dengan hati . selamat beramal =)

THE 100TH FOLLOWER !!!



Assalamualaikum
thanks a bunch to CIK FA sebab sudi jadi followers blog yang masih bertatih tatih ni . hanya Allah yang dapat membalas jasa baik cik Fa . dulu berangan je nak ada seratus followers walaupun tahu bloggers lain dah berjuta juta juta followers , tapi ni dah jadi kenyataan . yeayyy !!! niat berblogging bukan untuk cari followers pun , cuma ini kira bonus untuk aku . tulis dengan hati , kan abang AIZUL MARCELLO ?

CONTEST KAU CINTA PERTAMA AKU

Assalamualaikum


hari ni aku dan family join rombongan meminang bagi pihak cousin aku . dalam perjalanan balik aku teringat kan seseorang yang aku rasa aku dah hampir lupa . mungkin otak aku lupa nak ingat dia , tapi hati aku tak pernah lupa dengan dia . dan bila aku bukak blog , tengok shoutbox . ada beberapa hamba Allah yang baik hati sudi singgah blog aku . aku sure lah akan follow mereka sebagai tanda terima kasih aku pada mereka . 

tapi itu pun aku rasa masih tak cukup . aku kalau follow , bukan setakat jadi follower passive , aku akan betul betul baca dan hayati setiap penulisan mereka , insyaAllah . ok , dalam masa aku blog walking tadi , aku jumpa contest cik ima ini . aku daripada dulu semenarnya nak share cerita first love aku , tapi aku tak daya . sebab nak kenang je , aku boleh meroyan kot .



sahabat sahabat yang rapat dengan aku kebanyakan tahu kisah cinta aku ni . kalau nak cerita detail pun aku rasa boleh buat novel . tapi ini sekadar secebis kisah aku nak kongsi , menang ke tak , aku tak amek port . kepada cik ima , sudi sudikan lah ya baca sampai ke hujungnya .



picture courtesy by google


first love atau cinta pertama aku di zaman sekolah menengah masa aku form 2 . haa amek kau , kecik kecik dah gatai .  aku ni seperti yang sedia korang tahu , rupa out , badan out , otak out sikit , dan banyak out lagi . dia bukan first couple aku , tapi dia first love aku . aku gelarkan dia , abang Eez . dia ni baik punya usha seseorang yang rapat dengan aku , akak F . tapi malang nasib abang Eez , akak F dah berpunya .

so , dia baik punya corner , usha aku . masa dia propose nak mintak couple , wa cakap sama lu , memang lu menangis lah mintak moment tu dirakam or semua orang boleh saksikan . memang romantik . aku ni insan lemah , lemah je pada godaan , aku terbuai dengan keromantisan dan akhirnya aku terima dia . walaupun masa tuh , aku tak ada perasaan cinta pun kat dia .

couple punya couple , aku makan hati . dia layan aku macam budak kecik , macam adik dia . dengan kawan kawan dia , tak pernah pun ngaku or introduce aku sebagai special girlfriend dia . boleh bayang tak apa aku rasa ? sebulan , dua bulan , macam tuh jugak . masuk bulan ketiga , dia berubah sikit . semua sebab incident dating kat puncak gunung , aku secara tak sengaja membuat sesuatu yang agak tak boleh terima .

kau tahu apa ? aku muntah ! yang paling best , dia sambut muntah aku . habis tangan dan baju dia kena muntah aku . aku dah bertolak campur darab bahagi , memang dia akan putuskan aku kat situ dan detik tu jugak . tapi dugaan aku jauh meleset ! dia dengan tak sedikit pun banyak songeh , bersihkan aku dengan penuh dedikasi , tanpa sikit pun rasa geli . tindakan dia tu sangat OMJAY !!!!! kan ?

aku ni ada lah dok pulun mintak maaf , siap tawarkan ganti rugi , aku rela diputuskan , dan macam macam lagi lah . tapi dia kata "baby it's ok . i love u" . dan sejak daripada tu , dia menjadi seorang lelaki yang aku sendiri tak tahu di mana nak cari kekurangan dia . aku memang admit , hati aku dah ada pada dia . dia selalu ada bila aku perlukan dia . tapi itu dulu sebelum dia pergi . sebelum dia tinggalkan aku seorang diri .

tapi dia ada nota yang ditinggalkan sebelum dia pergi . dia kata maaf sebab dua bulan pertama dia layan aku macam tu . dia mengaku sebenarnya niat asal dia couple dengan aku sebab dia nak rapat dengan akak F . tapi dia sejak kejadian muntah aku tuh , dia realize betapa innocent dan tak berdosanya aku . dia sedar yang dia silap . dia sepatutnya tak perlu ingat akak F sebab dia ada aku yang sangat special dan sentiasa setia dengan dia .

kisah cinta kami tak diketahui oleh orang tua . tapi , parents kteorang tahu yang dia boleh dipercayai dan mereka ingat kteorang macam adek dengan abang sebab jarak usia 6 tahun . aku dan dia masing masing anak tunggal . aku pun manja manja macam dengan abang bila dengan dia . so parents tak perasan lah yang kami bercinta . dia ni bermotor , tapi sebab ayah aku tak suka , dia beli kereta terus . bodek !!!

kenangan paling pahit bila dia tak ngaku pun aku girlfriend dia depan kawan kawan dia time sekali tuh . kenangan paling manis banyak . terlampau banyak . time muntah tuh pun sweet jugak lah kan . ouh ya , ada sekali tuh dia cakap ngan ayah nak ajak aku jogging , tapi end up dia kidnap aku bawak gi genting . tanpa bawak pape . sehelai sepinggang . then kat sana beli couple T . don't worry , kteorang tak buat apa pun ok .

lagu tema kteorang TERCIPTA UNTUKKU by UNGU . abg Eez dan aku still kekal sampai sekarang . tapi dia tunggu aku kat syurga . dia meninggal dunia selepas 9 bulan kteorang couple sebab dia ada cancer . brain tumor . something like that which aku tak tahu apa beza illnesses ni . dan dia pergi secara mengejut . aku hampir sewel masa tu . aku masih sayang dia sampai detik ini dan tak akan pernah lupakan dia .

kisah ini cuma secebis sahaja dari kisah asalnya . terpulanglah apa tanggapan korang terhadap kisah ini . aku tak peduli korang nak comment apa . tapi abang Eez memang tercipta untukku . al-Fatihah ...

nak tag mereka



Thursday, February 3, 2011

CONTEST BLOG PALING COMEL


Assalamualaikum

ini entri ketiga , tapi contest ke berapa aku tak kira . aku dah kata , aku memang sawan contest .  chop , closing date dah hujung tanduk aku baru nak masuk . padahal aku dah lama jumpa contest ini . oleh sebab aku perasan comel dan aku sememangnya bajet blog aku pun comel , so aku join jugak at the end . hape ? tak comel ??? ngahhh !!! main theme blog aku pink sweety lovely dolly . kau tengok lah aku siap import dollies yang harga berjuta sepotong tuh . kau hado ??? tak menang tak apa . janji dah cuba aite ? ok cik nabiela boleh judge sendiri kot . thanks a bunch !!!

budak TAK comel kena tag ASYIKIN HARON , SUHAILA ABU BAKAR , CIK LULU dan FALA !!!


CINTAKU PERGI DARI MALAYSIA


Assalamualaikum

eh bukan nak masuk contest lagi ya . ini entri aku nak touching . huhuhu !!! kisah tentang dia , sahabat sampai syurga aku atas ni , NURZAWANI BINTI MOHD ZAHRAN . dia nak pergi oversea esok . dia nak further study kat AUSTRALIA . university of newcastle . aku nak hangin lah jugak mula mula sebab dia nak gi esok , hari ni baru nak bagitempe bagitahu aku . mesej je lak tu . uarghhh !!! aku nak tukar jadi hulk lah macam ni !!! tapi nasib baik dia cakap cik sponsor mara penyebabnya . maaf diterima lah . dia pun kelam kabut . kesiannya u !!!

aku rasa sangat sedih dan takut . aku takut dia keseorangan kat sana . aku sedih aku yang keseorangan kat sini . aku takut dia lupa kat aku . aku takut dia jumpa bff baru kat sana . lagi haru kalau dia dapat pakwe orang sana . uarghhh !!! dengan tak semena mena aku jadi jealous . haih !!! kenapa semua orang yang aku sayang kena pergi jauh dari aku ??? menci lah macam ni .

tapi aku bukan seorang sahabat yang kejam . aku tahu aku sepatutnya berbahagia dengan pencapaian dia . dah rezeki dia ke sana kan . rezeki aku takat over the negeri aje . tapi aku tetap bersyukur . semoga cik wani kte dapat sesuaikan diri di sana . walau tak banyak , sikit pun mesti dia akan rasa rindu kat aku . cis ! padahal aku yang akan meroyan rindukan dia nanti . uarrgghhh !!!

love note untuk u ...

sayang !!! sampai hati u pergi macam tu je tinggalkan i terkapai kapai kelemasan kat mesia ni !!! ayat tak semena mena dramatis kelesboan di situ . nyahaha !!! ok ok . wani , i wish all the best to u . i know u know that i know what u know that i love u kan ? i love u so so so much !!! and i'm going to miss u so so so much !!! hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri . i pun tak tahu apa meaning nya . hihihi !!! u dah ada segalanya . nanti dah bertambah ilmu di dada dan bertambah kawan , jangan lupa kat i . please promise me that u wont forget me . never ever ok . dengan teknologi yang semakin maju ni , ym , skype dan sebagainya , boleh lah kte manfaatkan untuk berhubung kan . i tak ada nasihat apa apa sebab i tahu u sentiasa lebih baik dari i . jangan ngorat cik omputih kat sana . kalau nak ngorat , tapaw untuk i satu . kalau tak , jagalah  u ! take care bebeh . balik mesia nanti kita jumpa ok !!!  salam sayang selalu , maizura :')



our memories and friendship will last forever




CONTEST KAMI POSE COMEY



Assalamualaikum

krekkk !!! krekkk !!! mengeliat lentukkan tulang tulang aku . jet lag lagi sebenarnya ni . 12 jam naik aerobus . cis ! lepas lunch nasi beryani bersama family tercinta yang merindu rinduan . aku ingat nak bantai tidur , tapi rasa tak elok pulak nak mengular . ternak extra lemak lagi . so ambil keputusan untuk blog walking pulak . then aku telah terjumpa satu blog yang menganjurkan contest cik amni ini . aku ni sawan sikit kalau dengar contest dan gambar . itu memang lauk pauk yang sememangnya enak . bhahaha !!!








inilah gambar yang aku pilih . gambar aku bersama member kecik aku . nama dia Rayyan . serious bukan adik aku ni eh . aku ni anak tunggal ok . ahahaha . kalau cik amni tak boleh terima gambar yang atas ni . aku sertakan gambar aku dengan member member aku yang lain . gambar yang kami snap masa perbarisan wakil kolej kediaman time pesta konvo . ada macam ET ke JADU tak mereka ni ???




atau pose raya yang bawah ini 



or pose bersama kanak kanak ribena ini



ok sebenarnya banyak lagi pose comey aku dan member member . jadi touching pulak bila teringatkan mereka . dah lama tak jumpa . rindu . gambar sebenarnya satu cara untuk rakam kenangan manis kita dan tersayang .  tak kira pose comey ke tak ke , yang penting moments tersebut lebih berharga dari segalanya . aku join contest ni pun sebab appreciate moments bersama mereka .

nak tag ASYIKIN HARON , SUHAILA ABU BAKAR , FATHIAH JAAFAR and FADIELA SUPANAT . ok maceh sebab sudi baca . sayang kalian banyak banyak !!!



Wednesday, February 2, 2011

CONTEST WHEN RAINING DAY


Assalamualaikum

agaga !!! contest lagi !!! aku gila !!! semua contest aku nak masuk . well rasa seronok ok . bukan gila hadiah pun , cuma suka suka . kalau menang pun kira Alhamdulillah lah . kalau kalah at least dapat pengalaman . tak cuba tak tahu kan ? contest ini pasal nama saya 'RAIN' , lagu rihanna yang 'UMBRELLA' dan gambar . so the lucky photo that was selected is ...



untuk pengetahuan kalian kalian dan kalian , gambar ini benar benar diambil semasa hujan turun . pada masa ni hujan turun renyai renyai , so tak nampak sangat dalam gambar . serious ya . aku tak tipu . selain itu , ada kisah lucu jugak . tengok tang baju . baju tuh sebenarnya tersangkut ya tuan tuan . bhahahaha !!! alkisah yang sungguh haru . namun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan sesi photography tersebut .




seterusnya satu gambar tambahan yang atas ni . masa ni masih hujan lagi . betul . aku tak tipu lah !!! masa ni motifnya sebenarnya pada bibir merah bak marilyn monroe itu . ngahaha !!! aku suka gila marilyn monroe tuh . kira idola aku lah . dulu kat kampung selalu main masak masak dengan aku . ceettt ! ini tipu . ok , tak tahu apa lagi nak potpet . highlight sikit , WHEN IT'S RAINING , BEST PEKENA GORENG PISANG CICAH CENDOL !!!

nak tag ASYIKIN HARON dan SUHAILA ABU BAKAR !!!