Assalamualaikum
sejak dah tahu ada orang suka baca blog aku ni . aku jadi overactive pulak . rasa excited je nak post entries . tak putus syukur aku . tulang rusuk pipi aku pun naik cramp sebab senyum memanjang . dalam masa aku beriang gumbira , aku terperasan kan comment dari sahabat blogger CIK FATHIAH RAIHANA ni . comment yang buat aku kembang kuncup . macam kera busuk . eh ke kerang busuk ? confius kejap . mana mana lah .
oleh yang demikian aku pun menimbang tara comment tersebut . sebenarnya tak reti lah nak letak shoutbox . fungsinya pun aku tak clear lagi untuk apa . tapi aku tak nak kecewakan hati rakyat jelata . piraaahhh !!! aku dah mula merepek . aku pergi lah google and tengok tengok shoutbox . kemain banyak kau . aku tak tahu nak pilih pon . last last aku pilih jugak . aku test test . benda first aku cari mesti yang colour pink . then aku jumpa satu . yeaaayyy !!! hatiku gumbira dan terus create shoutbox .
ini lah hasilnya . lepas ni boleh lah jerit ke melaung ke hape kat shoutbox aku yang pink lagi sweet ni . wah cantik kan ? rasa macam nak makan pun ada aku tengok . kau ni lain kerja tak ada lah mai , makan dan makan memanjang . haih !!! btw aku masih belajar dengan widget baru ni . so sila lah beri tunjuk ajar ya . weeewit !!! sesungguhnya kalian yang baca entri ini memang terbaik !!! thanks a bunch tau tau . sayang korang semua !!!
aippp =) sorry , lama sgt tak on9 .. lama gila tak blogwalking . hehehe .. keep writing taw =) kite bc punye . hihihi ..
ReplyDelete