SIAR RAYA

Monday, February 14, 2011

OUH MY VALENTINE

 courtesy by google

Assalamualaikum

jam dah pun melebihi jam 12 . so , automatically dah beranjak ke tarikh keramat yang dinantikan oleh ramai muda mudi iaitu 14 Februari , Valentine's Day (VD) . apa itu valentine's day ? ah tipu lah kalau tak tahu . kalian boleh lah rujuk ke sini untuk mengetahui tentang VD . kalau search kat google pun sure belambak lambak info korang boleh jumpa .

aku tak boleh kata terpulang kepada korang nak nilai ke apa , tapi secara tegasnya aku nak sebarkan bahawa adalah HARAM hukumnya dalam Islam bagi meraikan atau menyambut atau apa saja lah , jika ia berkaitan dengan VD . dah tahu ? tahu tak apa . tapi masih ramai juga yang pura pura tak tahu . almaklumlah dah terbiasa mengikut budaya barat .

eleh , chill lah . kata 1 Malaysia . tak akan tak boleh ? ya ! MEMANG TAK BOLEH ! kau tolong lah faham maksud HARAM . berdosa besar kalau kau buat . ada faham ? aku ni memang lah bukan ustazah ke apa . tapi aku berhak menegah mana yang aku boleh . yang kau tu excited bebenor pe kejadahnya ? konon hari kekasih , dah tuh hari lain tak kasih lah ?

kalau nak meraikan kasih sayang , cinta dan cinton korang kan , ada 365 hari 24 jam boleh raikan . yang meroyan dok specific jugak kat tarikh VD tu apesal ? tapi kalau anniversary jatuh hari tuh lain cerita lah kan . so , aku rasa dah berbuih kot mulut orang yang berkempen tentang VD ni kan . so , silalah dengar dan ikut kan . alah tak ke mana lah cekelat , bunga segala bagai tuh .

maka dengan ini , kepada cik awek sekalian , kalau cik boyfie sibuk bagi hadiah , wish ke apa , marah dia , explain kat dia , bagitahu dia sambut atau wish sekalipun adalah HARAM . reti ? haa , kepada cik boyfie pulak toksah dok gelenyar ajak cik awek celebrate ok . sama sama lah korang mengingatkan ya . ini pun peringatan untuk aku jugak . so , thanks sudi baca .

1 comment:

  1. tulapasal...ramai kot yg sambut vday. macam hari lain tak boleh je nak bg hadiah bagai tu sume. kan...kan...

    ReplyDelete